Kunjung Bantu Sektor Pendidikan Islam (SPI) ke SKK Rancha-Rancha

Labuan- Kunjung Bantu Sektor Pendidikan Islam (SPI) ke SKK Rancha-Rancha pada 11 Februari 2020 (Selasa). Fokus kunjung bantu adalah semakan Fail Panitia, semakan Jadual Waktu, semakan Fail ADNI (Adab dan Nilai), cerapan PdPC dan SKPMg2.

Program Kunjung Bantu terdiri daripada Ketua Penolong Pengarah SPI JPWPL, Ustaz Mohd Syahir bin Mohd Yusof, Penolong Pengarah ADNI, Ustaz Sharum bin Samlan dan Penolong Pengarah Perancangan dan Pembangunan Islam SPI, Ustazah Sitti Rahimah binti Yusuppu.

Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pegawai SPI atas bantuan dan bimbingan yang diberikan. Semoga program kunjung bantu ini dapat menambah baik lagi usaha pihak sekolah untuk membantu memantapkan Guru Pendidikan Islam (GPI)/ Guru Bahasa Arab (GBA) peringkat sekolah dan meningkatkan lagi prestasi akademik murid.

Loading

image_pdfimage_print