Rumah Kuning (Jaguar) Johan Olahraga SKK SK Rancha-Rancha 2020

Pasukan Rumah Kuning (Jaguar) merangkul juara keseluruhan dua tahun berturut-turut.

LABUAN, Ahad – Sekolah Kebangsaan Rancha-Rancha (Sekolah Kluster Kecemerlangan) mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan pada 09 Februari 2020. Acara diadakan di Kompleks Sukan, W.P Labuan.

Majlis dimulai dengan acara balapan. Sebanyak lima jenis acara balapan peringkat akhir telah dipertandingkan mengikut kategori lelaki dan perempuan bagi murid tahap 2, tahap 1 dan PPKI. Acara lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru bagi murid tahap 2 kategori lelaki dan perempuan telah diadakan pada 05 Februari 2020 di padang sekolah. Sejurus acara balapan bermula, pengurus pasukan bersama peserta rumah sukan masing-masing bersemangat mengejar mata dan bersaing sihat merebut pingat yag dipertandingkan.

Acara diteruskan dengan acara yang ditunggu-tunggu iaitu perbarisan. Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh Rumah Sukan Kuning (Jaguar), diikuti Rumah Merah (Panther) dan seterusnya Rumah Biru (Cheetah). Pertandingan perbarisan yang menarik perhatian para hadirin dengan pelbagai maskot dari setiap rumah sukan.  Seterusnya, semua peserta perbarisan berkumpul di tengah padang mengikut rumah sukan masing-masing.

Tertib acara diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan oleh Puan Norinnie binti Kassim, Guru Besar SK Rancha-Rancha. Majlis diikuti dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Dr Mohammad Hamim Mohammad Hanifah, Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan bagi tahun 2020. Majlis turut dihadiri oleh ASP Sukvinderjit Singh A/L Chanan Singh, Sarjan Mohammad Hafizuddin Augustine Abdullah, pegawai perhubungan polis sekolah dan Encik Hasan @ Hassan bin Jinin, NYDP PIBG.  

Kejohanan olahraga kali ini dijuarai sekali lagi oleh pasukan Rumah Kuning, seterusnya naib johan pasukan Rumah Merah dan tempat ketiga adalah pasukan Rumah Biru.

Pungutan pingat pasukan Rumah Kuning adalah emas 13, perak 6 dan gangsa 10. Manakala Rumah Merah emas 7, perak 12 dan gangsa 13. Kutipan pingat Rumah Biru adalah emas 6, perak 8 dan gangsa 3.

Bagi acara perbarisan pula, johan merupakan Rumah Merah, naib johan adalah Rumah Biru dan tempat ketiga adalah Rumah Kuning.

Pasukan Rumah Merah juara pertandingan perbarisan.

Bagi anugerah olahragawan pula telah dianugerahkan kepada Abdul Hannan bin Hasan dari Rumah Kuning yang memperoleh pungutan 4 emas manakal anugerah olahragawati pula telah dianugerahkan kepada Annis Shakilah binti Rahman juga dari Rumah Kuning yang memperoleh pungutan 5 emas.

Pasukan Rumah Merah juara pertandingan perbarisan.

Seterusnya, sesi fotografi bersama ahli rumah sukan masing-masing diadakan. Murid dan guru gembira dengan kejayaan yang diperolehi dan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh setiap ahli rumah sukan.

Loading

image_pdfimage_print