Pemimpin Murid Ibarat Duta Dalam Kalangan Murid : Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Murid Tahun 2020 SMK Pantai IBWS

Penyerahan Watikah Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya oleh ASP Amran

Labuan, 10 Feb 2020 – Barisan Kepimpinan Murid SMK Pantai IBWS yang dilantik dan diberi tanggungjawab ibarat  duta dalam kalangan murid lain.

Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Murid Tahun 2020 SMK Pantai IBWS telah dirasmikan Pegawai Perhubungan Sekolah ASP Amran bin Atoh. Dalam ucapan perasmiannya, beliau berkata, murid-murid yang dilantik menjadi pemimpin  merupakan duta kepada sekolah dalam memimpin rakan-rakan yang lain.

“Pihak sekolah telah  memberikan pengiktirafan kepada pemimpin murid ini  dalam menggalas amanah yang cukup besar. Kita harap agar pemimpin murid yang dilantik ini dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian watikah pelantikan pemimpin murid SMK Pantai IBWS di sini, semalam.

ASP Amran menyerahkan sijil Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah
Pemimpin Murid yang bersiap sedia menggalas tanggungjawab masing- masing sepanjang sesi persekolahan 2020 tahun ini.

Hadir sama, Pengetua  SMK Pantai IBWS, Pn. Norazita bt Md Nor @ Shamsuri, Penolong Pegawai Perhubungan Sekolah, Inspektor Rashid b Juassek, Pn. Wan Azmona bt Wan Mohamed, PK Pentadbiran, Pn Edora bt Ellias, PK HEM serta Pn Maureen Imang JAu, Penyelaras Program MYPIB.

Mengulas lanjut, Amran berkata, kerjasama yang diberikan oleh polis kepada pihak sekolah telah memberikan kefahaman yang terbaik kepada orang ramai bahawa polis dan masyarakat tidak pernah terpisah,” katanya.

Seramai 242 pemimpin murid Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai IB World School yang teridiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, pengawas SPBT, pembimbing rakan sebaya, Briged ICT, ketua kelas dan penolong ketua kelas menerima watikah pelantikan bagi tahun 2020 yang telah disampaikan oleh ASP Amran b Atoh.

Semoga semua pemimpin murid yang telah dilantik menggunakan peluang dan kepercayaan yang telah diberikan kepada mereka untuk menggilap sifat kepimpinan mereka dan akan menjadi role-model kepada rakan-rakan yang lain.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan majlis watikah pelantikan ini.

Berita Oleh : SMK Pantai

Loading

image_pdfimage_print