Pemimpin Murid Ibarat Duta Dalam Kalangan Murid : Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Murid Tahun 2020 SMK Pantai IBWS
Labuan, 10 Feb 2020 – Barisan Kepimpinan Murid SMK Pantai IBWS yang dilantik dan diberi tanggungjawab ibarat duta dalam kalangan murid lain.
Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Murid Tahun 2020 SMK Pantai IBWS telah dirasmikan Pegawai Perhubungan Sekolah ASP Amran bin Atoh. Dalam ucapan perasmiannya, beliau berkata, murid-murid yang dilantik menjadi pemimpin merupakan duta kepada sekolah dalam memimpin rakan-rakan yang lain.
“Pihak sekolah telah memberikan pengiktirafan kepada pemimpin murid ini dalam menggalas amanah yang cukup besar. Kita harap agar pemimpin murid yang dilantik ini dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian watikah pelantikan pemimpin murid SMK Pantai IBWS di sini, semalam.
Hadir sama, Pengetua SMK Pantai IBWS, Pn. Norazita bt Md Nor @ Shamsuri, Penolong Pegawai Perhubungan Sekolah, Inspektor Rashid b Juassek, Pn. Wan Azmona bt Wan Mohamed, PK Pentadbiran, Pn Edora bt Ellias, PK HEM serta Pn Maureen Imang JAu, Penyelaras Program MYPIB.
Mengulas lanjut, Amran
berkata, kerjasama yang diberikan oleh polis kepada pihak sekolah telah
memberikan kefahaman yang terbaik kepada orang ramai bahawa polis dan
masyarakat tidak pernah terpisah,” katanya.
Seramai 242 pemimpin murid
Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai IB World School yang teridiri daripada
pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, pengawas SPBT, pembimbing
rakan sebaya, Briged ICT, ketua kelas dan penolong ketua kelas menerima watikah
pelantikan bagi tahun 2020 yang telah disampaikan oleh ASP Amran b Atoh.
Semoga semua pemimpin
murid yang telah dilantik menggunakan peluang dan kepercayaan yang telah
diberikan kepada mereka untuk menggilap sifat kepimpinan mereka dan akan
menjadi role-model kepada rakan-rakan yang lain.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan majlis watikah pelantikan ini.
Berita Oleh : SMK Pantai