Perhimpunan Bulanan JPWPL, Februari 2020 : BERSAMA MELANGKAH JAUH

Encik Raisin Saidin menyampaikan Anugerah Khas Pengarah kepada Encik Abdul Rahman dan Puan Maimoon Matnoh

Labuan, 18 Feb 2020 – Program seperti Ziarah Cakna dan Jom Ke Sekolah merupakan aktiviti yang mampu merealisasikan ‘Guru Sayang Muridnya’.

Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Encik Raisin Saidin berkata seiring dengan fungsi guru mengajar, guru mendidik, para pendidik perlu menyelami harapan murid sehingga mereka rasa dihargai.

Pihak sekolah boleh melihat sejauh mana faktor menarik dan menolak yang ada di sekolah masing-masing, agar mampu menarik minat murid untuk belajar dan berbuat.

Katanya, pengalaman seorang guru yang suatu ketika dulu juga pernah menjadi murid boleh digunakan untuk menyelami hati seorang murid, seterusnya dapat mendekati, menasihati dan mensyukuri dengan nilai kasih sayang secara berhemah.

Guru berperanan sebagai pemegang amanah besar dalam melahirkan insan yang mempunyai nilai keluruhan adab sopan dan berintegriti.

“ROH seorang guru perlu sentiasa MENDARAH DAGING dengan sentuhan insaniah dan nurani yang tidak mampu dibuat oleh mesin. Biarlah boleh dirasai oleh murid.” Encik Raisin Saidin.

Encik Raisin Saidin berkata demikian sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan bagi bulan Februari 2020, di Bilik Benua, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan.

Encik Raisin Saidin bersama penerima Anugerah Khas Pengarah bulan Februari 2020

Cikgu Sapri bin Idris, Guru Perpustakaan dan Media, SMK Rancha-Rancha telah menerima Anugerah Guru Digital Media di atas sumbangan dalam dunia teknologi pendidikan dan media.

Anugerah Khas Pengarah bagi bulan Februari 2020 dianugerahkan kepada Encik Abdul Rahman bin Ahmad, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Puan Maimoon bt Matnoh, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah dan Encik Yahya bin Ahmad Puteh, Pengetua SMK Rancha-Rancha.

Susulan Ziarah Cakna pada minggu lalu, Encik Raisin Saidin turut melancarkan dana untuk membantu murid SMK Rancha-Rancha adik Ukail Syamil Najmuddin bin Mohammadde, pelajar tingkatan 5 An Nasawi. Beliau terpaksa mengulang kembali pengajian di tingkatan 5 pada tahun ini kerana tidak sempat menduduki peperiksaan SPM 2019 disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan.

‘BERSAMA MELANGKAH JAUH’ : Tema Perhimpunan Bulanan JPWPL, Februari 2020

Sijil Penghargaan kepada warga jabatan
Sijil Penghargaan kepada pihak sekolah
Sambutan Hari Jadi kepada Warga Pendidikan yang lahir pada bulan Februari

Loading

image_pdfimage_print