Pelancaran Ziarah Cakna & Program Penyayang dan Program Jom Cuci Tangan

Labuan, 24 Feb – Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) SK Rancha-Rancha telah mengadakan pelancaran ziarah cakna & program penyayang dan program cuci tangan sempena perhimpunan mingguan sekolah.

Pelancaran program ini di bawah unit bimbingan dan kaunseling iaitu guru bimbingan & kaunseling, Cik Faizurah binti Karim Turut hadir penolong kanan pentadbiran Pn Midah binti Yusop, penolong kanan HEM Encik Shawal bin Abd Rahman dan penolong kanan ko-kurikulum Encik Zulkipli bin Pabin dan Encik Rodhy Edward Anak Edward Jalin, penolong kanan KPKP. Majlis turut dihadiri Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Dr Mohammad Hamim bin Mohamad Hanifah.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zulkornain bin Ahmad dan seterusnya ucapan aluan Guru Besar, Puan Norinnie binti Kassim. Beliau berkata pelaksanaan program ziarah cakna melalui program ini, guru dan ibu bapa dapat berkongsi perkembangan menyeluruh berkaitan murid bersama-sama ibu bapa, memahami latar belakang keluarga murid dan dapat berkongsi pandangan bagi memastikan kemenjadian murid.

Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Dr Mohammad Hamim, seterusnya melancarkan program tersebut. Beliau berharap agar program ini memberi impak positif kepada murid-murid dan turut mengingatkan mereka agar sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran untuk mengelakkan penularan Covid-19 dan gejala-gejala lain.

Norinnie (empat kiri) dan Hamim (tengah) bergambar kenangan bersama barisan pentadbir dan ahli Kelab Doktor Muda.

Seterusnya Kelab Doktor Muda di bawah bimbingan penyelaras, Puan Setia Pautas telah membuat demonstrasi “7 langkah cuci tangan” dan cara memakai topeng muka dengan betul. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi beramai-ramai.

Ahli Kelab Doktor Muda menjalankan demonstrasi “7 langkah cuci tangan”
Barisan murid yang bersemangat semasa pelancaran program.

Loading

image_pdfimage_print