Pelancaran Ziarah Cakna & Program Penyayang dan Program Jom Cuci Tangan
Labuan, 24 Feb – Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) SK Rancha-Rancha telah mengadakan pelancaran ziarah cakna & program penyayang dan program cuci tangan sempena perhimpunan mingguan sekolah.
Pelancaran program ini di bawah unit
bimbingan dan kaunseling iaitu guru bimbingan & kaunseling, Cik Faizurah
binti Karim Turut hadir penolong kanan pentadbiran Pn Midah binti Yusop,
penolong kanan HEM Encik Shawal bin Abd Rahman dan penolong kanan ko-kurikulum
Encik Zulkipli bin Pabin dan Encik Rodhy Edward Anak Edward Jalin, penolong
kanan KPKP. Majlis turut dihadiri Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG), Dr Mohammad Hamim bin Mohamad Hanifah.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz
Zulkornain bin Ahmad dan seterusnya ucapan aluan Guru Besar, Puan Norinnie
binti Kassim. Beliau berkata pelaksanaan program ziarah cakna melalui program
ini, guru dan ibu bapa dapat berkongsi perkembangan menyeluruh berkaitan murid
bersama-sama ibu bapa, memahami latar belakang keluarga murid dan dapat
berkongsi pandangan bagi memastikan kemenjadian murid.
Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Dr Mohammad Hamim, seterusnya melancarkan program tersebut. Beliau berharap agar program ini memberi impak positif kepada murid-murid dan turut mengingatkan mereka agar sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran untuk mengelakkan penularan Covid-19 dan gejala-gejala lain.
Seterusnya Kelab Doktor Muda di bawah bimbingan penyelaras, Puan Setia Pautas telah membuat demonstrasi “7 langkah cuci tangan” dan cara memakai topeng muka dengan betul. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi beramai-ramai.