Komitmen Ibubapa Menerusi Pibg Membantu Dalam Pembangunan Dan Kemenjadian Murid SK Sungai Lada

Sesi bergambar PIBG, pihak pentadbir, pegawai angkat sekolah, wakil Public Bank dan wakil SSPN

Labuan, 16 Februari 2020 – Melahirkan generasi untuk kemenjadian murid melalui ucapan Pengarah Pendidikan Cikgu Raisin Bin Saidin adalah sejajar dengan hasrat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan sasaran Sekolah Kebangsaan Sungai Lada W.P Labuan. Mesyuarat PIBG berlangsung pada 16 Februari 2020 (Ahad) bertempat di Dewan Sri Kedayan telah dirasmikan oleh Cikgu Raisin Bin Saidin Pengarah Pendidikan W.P Labuan dengan begitu meriah sekali dan disambut dengan kehadiran ibubapa dan guru yang banyak memberikan komitmen atas semua program sekolah dan pibg.

Raisin (tengah),Abd Rauf (kiri), Maidan Dali (kanan), Siroja, Norlihan, Syarifah (NYDP) dan AJK PIBG

Seramai 242 orang ibu bapa dan guru hadir pada mesyuarat tersebut. Turut hadir YDP PIBG  En Abd Rauf  Bin Lang Pasih , En Maidan Dali @ Sumardi Bin Yusoff Guru besar, Encik Jevareeani A/L Samigano pegawai angkat sekolah, Pn Siroja Rahimin GPKP, Pn Noorlihan Binti Abdul Alip GPKHEM, Ustaz Abd Kahar  Bin Abdul Rahim GPKO, barisan AJK PIBG dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Sungai Lada.

Sementara itu, pada mesyuarat kali ini juga Cikgu Raisin telah menyampaikan insentif  SSPN sebanyak RM500 setiap orang kepada 3 orang murid cemerlang UPSR iaitu adik Nurul Maisara Bin Maidan Dali @ Sumardi (6A), Ros Anis Adawiyah Binti Roslimeh (6A) dan adik Nur Atiqah Zaheerah Binti Abd Isa (5A1B). Insentif  ini adalah sumbangan daripada PIBG untuk murid yang cemerlang UPSR. Peningkatan UPSR Sekolah Kebangsaan Sungai Lada juga telah berjaya meningkatkan peratus lulus minimum sebanyak 11% daripada 52%(2018) kepada 63% (2019) dan peningkatan keputusan PAJSK semua gred A.

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke -28

Selain itu, pada tahun 2019 juga Sekolah Kebangsaan Sungai Lada telah berjaya meraih anugerah HEM dalam kategori Pengurusan disiplin Cemerlang bertaraf lima bintang peringkat kebangsaan tahun 2019 lalu. Mesyuarat PIBG diteruskan selepas perasmian dan mesyuarat berjalan dengan lancar.

Majlis yang berlangsung ini juga diselitkan dengan ceramah khas daripada bank angkat sekolah Public Bank, ceramah kesihatan dari jabatan kesihatan dan SSPN tabung pendidikan. Penyerahan sumbangan buku cerita untuk pusat sumber daripada sumbangan PIBG kepada sekolah juga disalurkan untuk menggalakkan budaya membaca di kalangan anak-anak. Guru besar  En Maidan Dali juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada ibubapa dan komuniti sekolah yang terlibat kerana sentiasa memberikan komitmen dan kerjasama kepada pihak sekolah untuk pembangunan murid . Mesyuarat PIBG telah diakhiri dengan sesi bergambar ramai-ramai.

Loading

image_pdfimage_print