Komitmen Ibubapa Menerusi Pibg Membantu Dalam Pembangunan Dan Kemenjadian Murid SK Sungai Lada
Labuan, 16 Februari 2020 – Melahirkan generasi untuk kemenjadian murid melalui ucapan Pengarah Pendidikan Cikgu Raisin Bin Saidin adalah sejajar dengan hasrat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan sasaran Sekolah Kebangsaan Sungai Lada W.P Labuan. Mesyuarat PIBG berlangsung pada 16 Februari 2020 (Ahad) bertempat di Dewan Sri Kedayan telah dirasmikan oleh Cikgu Raisin Bin Saidin Pengarah Pendidikan W.P Labuan dengan begitu meriah sekali dan disambut dengan kehadiran ibubapa dan guru yang banyak memberikan komitmen atas semua program sekolah dan pibg.
Seramai 242 orang ibu bapa dan guru hadir pada mesyuarat tersebut. Turut hadir YDP PIBG En Abd Rauf Bin Lang Pasih , En Maidan Dali @ Sumardi Bin Yusoff Guru besar, Encik Jevareeani A/L Samigano pegawai angkat sekolah, Pn Siroja Rahimin GPKP, Pn Noorlihan Binti Abdul Alip GPKHEM, Ustaz Abd Kahar Bin Abdul Rahim GPKO, barisan AJK PIBG dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Sungai Lada.
Sementara itu, pada mesyuarat kali ini juga Cikgu Raisin telah menyampaikan insentif SSPN sebanyak RM500 setiap orang kepada 3 orang murid cemerlang UPSR iaitu adik Nurul Maisara Bin Maidan Dali @ Sumardi (6A), Ros Anis Adawiyah Binti Roslimeh (6A) dan adik Nur Atiqah Zaheerah Binti Abd Isa (5A1B). Insentif ini adalah sumbangan daripada PIBG untuk murid yang cemerlang UPSR. Peningkatan UPSR Sekolah Kebangsaan Sungai Lada juga telah berjaya meningkatkan peratus lulus minimum sebanyak 11% daripada 52%(2018) kepada 63% (2019) dan peningkatan keputusan PAJSK semua gred A.
Selain itu, pada tahun 2019 juga Sekolah Kebangsaan Sungai Lada telah
berjaya meraih anugerah HEM dalam kategori Pengurusan disiplin Cemerlang
bertaraf lima bintang peringkat kebangsaan tahun 2019 lalu. Mesyuarat PIBG
diteruskan selepas perasmian dan mesyuarat berjalan dengan lancar.
Majlis yang berlangsung ini juga diselitkan dengan ceramah khas daripada bank
angkat sekolah Public Bank, ceramah kesihatan dari jabatan kesihatan dan SSPN
tabung pendidikan. Penyerahan sumbangan buku cerita untuk pusat sumber daripada
sumbangan PIBG kepada sekolah juga disalurkan untuk menggalakkan budaya membaca
di kalangan anak-anak. Guru besar En
Maidan Dali juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada ibubapa dan
komuniti sekolah yang terlibat kerana sentiasa memberikan komitmen dan
kerjasama kepada pihak sekolah untuk pembangunan murid . Mesyuarat PIBG telah
diakhiri dengan sesi bergambar ramai-ramai.