Program Kibar Bendera Sempena Sambutan Hari Wilayah Tahun 2021

Labuan 25 Ferbuari – Sebagai tanda solidariti terhadap program-program yang dilaksanakan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun 2021 ini, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan Puan Khaziyati binti Osman telah mengamanahkan Sektor Pembangunan Murid untuk menjadi urus setia bagi menyemarakkan semua program yang dicadangkan sempena sambutan Hari Wilayah ini.

Tuan Haji Abdul Rahman bin Ahmad selaku Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid bersama-sama dengan semua pegawai Sektor Pembangunan Murid telah mengagihkan bendera Wilayah Persekutuan kepada semua sekolah dan juga premis jabatan pendidikan untuk menjayakan program kibarkan bendera Wilayah Persekutuan ini bermula pada 31 Januari hingga 28 Februari 2021.

Alhamdulillah program kibarkan bendera Wilayah Persekutuan ini sedang berlangsung dan  telah mendapat sokongan dan kerjasama yang amat baik dari semua sekolah dan juga pihak JPN untuk sama-sama menyemarakkan program ini.

Bagi pihak urus setia dan Sektor Pembangunan Murid, kami merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Puan Khaziyati binti Osman, Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan atas  keprihatinan dan memberi kepercayaan kepada Sektor Pembangunan Murid untuk menerajui program sambutan kibarkan bendera Wilayah Persekutuan pada tahun 2021 ini. Tidak lupa juga ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pentadbir sekolah yang bersama-sama turut menyemarakkan program ini.

SMK Mutiara
SK Patau Patau

Loading

image_pdfimage_print