LABUAN, 25 September 2021 – Jabatan Pendidikan W.P Labuan telah melaksanakan Taklimat mengenai Pengoperasian Pembukaan Sekolah Tahun 2021, bertujuan menyebarluaskan mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan pengoperasian pembukaan sekolah kepada komuniti di W.P Labuan berikutan pengumuman YBMK Menteri Pendidikan Malaysia mengenai pembukaan sekolah yang akan bermula pada 4 Oktober 2021 secara berperingkat.
Dalam taklimat tersebut, En. Yusup bin Haji Mohamad, Pengarah Pendidikan W.P Labuan telah menerangkan beberapa perkara penting mengenai pengoperasian sekolah pada tahun 2021. Selain itu, beliau juga telah menjawab persoalan yang dikemukakan oleh jemputan yang hadir. Disusuli selepas itu, dengan taklimat Standard Operating Prosedure (SOP) oleh Puan Maimoon binti Hj. Matnoh, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah.
Puan Dg. Sarifah binti A. Mahmod, Guru Besar SK Sungai Bedaun merangkap Pengerusi Majlis Guru Besar W.P Labuan, turut berkongsi Amalan Terbaik yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh pihak sekolah dalam persediaan Pembukaan sekolah yang akan bermula pada 4 Oktober nanti.
Majlis juga disekalikan dengan penyerahan pelitup muka kepada golongan murid B40 sumbangan ikhlas daripada PETRA ENERGY BERHAD yang telah disampaikan oleh Tuan Hj. Rithuan bin Hj. Mohd Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah WP.Labuan kepada En. Ismail Abdullah wakil untuk sekolah menengah dan kepada Pn. Saripah binti A.Mahmood wakil bagi sekolah Rendah. Sumbangan yang diterima merupakan 25,000 unit pelitup muka, 2000 botol hand sanitizer,10,000 unit glove,1,000 unit face shield dan 10,140 Isolation gaun.
Yayasan Pendidikan Mara (YPM) juga turut menyampaikan sumbangan kepada 100 orang murid sekolah menengah dan 100 orang murid sekolah rendah yang layak dengan diwakili oleh adik Sopiya binti Amilussin dari SMK Labuan dan adik Muhammad Ikram bin Md. Nur dari SK Sungai Bedaun. Sumbangan telah disampaikan oleh Puan Susanah binti Abu Bakar@Latif, Penolong Pegawai MARA Daerah W.P Labuan. Sumbangan yang diterima berupa wang tunai RM70.00 seorang untuk sekolah menengah dan RM50.00 seorang untuk sekolah rendah.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah DSP. Mohd Ibrahim bin Mohd Ghani, Timbalan Ketua Polis Daerah Labuan, En. Dzulfaizal Ab. Manan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Zon Labuan (MPP), En. Ismail bin Abdullah, Pengetua SMK Labuan merangkap Pengerusi MPSM, ketua-ketua kampung seluruh Labuan dan Ydp. PIBG disemua sekolah menengah dan sekolah rendah yang berlangsung di BIlik Refflesia Ujana Kewangan W.P Labuan.
Berita Oleh : Sektor Pengurusan Sekolah