Labuan, 25 Jun 2022 – Jabatan Kesihatan Negeri W.P. Labuan dengan kerjasama Jurulatih Utama C-HAT dan Jabatan Pendidikan W.P. Labuan telah mengadakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Karnival C-HAT bagi tahun 2022. Kehadiran dalam lingkungan seramai 350 orang yang terdiri daripada pegawai JKN, pegawai JPWPL, JU C-HAT, pentadbir sekolah, guru-guru, wakil PIBG, ibu bapa dan pelajar-pelajar. Hadir bersama YBrs, Dr. Ismuni bin Bohari, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri dan YBrs. Tn. Yusup bin Haji Mohamad, Pengarah Jabatan Pendidikan W.P. Labuan. Majlis diserikan dengan kehadiran YBrs. Puan Zalma binti Abdul Razak, Pengarah Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, seterusnya merasmikan Majlis Penutupan dan Penyampian Hadiah Karnival C-HAT, Gaya Hidup Anda Terbaik peringkat W.P. Labuan bagi tahun 2022.
Karnival C-HAT ini telah bermula seawal bulan Mac lalu dan telah dirasmikan oleh Dr.Ismuni pada 11 Mac 2022 secara maya. Pelbagai pertandingan telah diadakan dan boleh disertai oleh pelajar bermula daripada peringkat Prasekolah sehinggalah peringkat menengah. Selain daripada itu 10 sesi Webinar mengenai kesihatan juga telah diadakan secara dalam talian, yang mana e-sijil turut disediakan.
Selain itu, antara aktivitinya termasuklah :
- Cabaran Tik Tok
- Mencipta Alat Bantu Mengajar.
- Pertandingan kantin bersih & ceria.
- Pertandingan mewarna (5-6 Tahun)
- Pertandingan bercerita (7-9 Tahun).
- Pertandingan Demo Masakan Berpantun. (10-12 Tahun)
- Pertandingan Melukis (13-15 Tahun).
- Pertandingan Berpidato (16-17 Tahun).
- Pertandingan Public Speaking (16-17 tahun)
- Pertandingan Aerodance.
- Kuiz Mingguan/bulanan.
Pengusaha kantin sekolah SK Pekan Dua, SK Patau-Patau & SMK Mutiara diberikan Anugerah Khas Juri bagi Kategori Kantin Bersih dan Ceria peringkat W.P Labuan.
Turut menyampaikan ucapan ialah Tn. Yusup bin Hj. Mohammad dan Dr. Ismuni Bohari. Majlis ini telah diadakan di Dewan Sri Kedayan, SK Sungai Lada W.P. Labuan. Majlis diakhiri dengan para jemputan utama melawat booth-booth pameran yang diadakan di dalam dewan tersebut.