TAKLIMAT PROGRAM TID,  PERSIAPAN STESEN

Penolong Kanan Kokurikulum SSN SMK Mutiara, En Norie Keegan Usin memberikan taklimat kepada para atlet yang hadir pada sesi TID. Beliau menyampaikan butir-butir penting  kepada peserta sebelum program bermula. Butiran yang disampaikan bermula daripada pengisian borang serta perjalanan program tersebut. Jurulatih yang terdiri daripada beberapa sukan terpilih turut membantu agar program yang dijalanankan berlangsung dengan jayanya. Untuk makluman semua, program ini mensasarkan atlet dalam sukan utama iaitu bola sepak, sepak takraw, bola jaring dan olahraga.

HARI KEDUA PROGRAM TID

Tarikh              : 2 Februari 2023
Tempat             : Dewan Serbaguna SK Bukit Kallam

Pada 2 Februari 2023, sesi TID untuk hari kedua berlangsung di Dewan Serbaguna SK Bukit Kallam. Atlet yang hadir pada sesi kedua ini seramai 32 orang. Sesi hari ini bermula dengan taklimat oleh PK Kokurikulum SSN SMK Mutiara, En Norie Keegan Usin dan pemilihan berjalan seperti biasa.
Selain ujian fizikal yang dijalankan, penilaian dari  segi kemahiran asas
dalam empat sukan tersebut juga diambil kira. Di sinilah kepakaran jurulatih
diperlukan bagi kemudahan mereka untuk membentuk atlet yang terpilih

HARI KETIGA PROGRAM TID

Sesi TID terakhir berlangsung di SSN SMK Mutiara. Pada hari ini, jurulatih masih memainkan peranan mereka dalam menilai atlet terbaik untuk diserap ke sekolah SSN WP Labuan. Dalam masa yang sama Sektor Pembangunan Murid JPWPL yang diketuai oleh Tn Aznan bin Abidin sangat komited membantu SSN Labuan untuk memilih atlet yang terbaik bagi memastikan wakil WP Labuan yang menyertai sebarang kejohanan di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia dapat memberikan saingan kepada wakil negeri-negeri lain. Seramai 62 orang atlet telah terpilih daripada 92 peserta yang hadir. Pihak SSN SMK Mutiara berharap agar ibu bapa dapat memberikan kebenaran kepada anak-anak mereka untuk melaporkan diri kelak. Sesi penutupan dirasmikan oleh Tn Aznan bin Abidin.