SPM 2022 : QISTINA ALYA DAN FIEDATUL ELIYA HARUMKAN NAMA SMK PANTAI
Calon SPM 2022 SMK Pantai, WP Labuan Qistina Alya binti Sulaiman dan Fiedatul Eliya binti Mohd Sapriah telah mencapai semua A dalam SPM 2022 yang diumumkan pada pagi Khamis.
Qistina Alya telah mendapat 10A iaitu 7A+ dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam, Sejarah, Fizik, Kimia dan Tasawwur Islam manakala 3A iaitu mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik Tambahan dan Biologi.
Qistina Alya merupakan anak kepada pasangan Dr Sulaiman Ibrahim dan Dr Lily Suryati Alias telah menunjukkan kecemerlangan dalam pelajaran dan sentiasa menjadi pelajar terbaik semasa di sekolah.
Fiedatul Eliya pula telah mencapai 8A iaitu 4A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Tasawwur Islam, manakala 4A- dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah dan Pendidikan Seni Visual.
Fiedatul Eliya merupakan anak kepada pasangan Mohd Sapriah bin Asis dan Reiniah Kamis yang tinggal di Kampung Bukit Kuda WP Labuan . Fiedatul Eliya kini sedang melanjutkan pelajaran di University College MAIWP International (UCMI) Kuala Lumpur.
Seramai 10 orang calon SPM 2022 SMK Pantai juga telah berjaya mencapai 6A ke atas iaitu Nur Afiqah Binti Abidin (7A), Nur Batrisyia Adrina Binti Roslan (7A), Anggun Nur Nafeesa Binti Abdillah (7A), Muhammad Nuh Syakirin Bin Kula (6A), Dk Marsya Maisarah Binti Awang Alik (6A), Nur Athirah Syafiqah Binti Izamain (6A), Muhammad Salahuddin Ayubi Bin Rosnelizaide (6A), Nellvyna Angie Lik @ Alik (6A), Nur Deneesya Ellesya Binti Mohd Isaac (6A) Dan Nur Zahwa Binti Abdul Hamid (6A).
SMK Pantai yang mempunyai 153 orang calon SPM telah mencapai peratus lulus 94.77% dan Gred Purata Sekolah (GPS) 4.65. Kejayaan ini adalah berkat usaha gigih guru-guru dan murid-murid serta sokongan daripada ibu bapa.
Berita Oleh : SMK Pantai