MAHRAJAN THAQAFI MADANI ANTARABANGSA MARTABATKAN KECEMERLANGAN KELAS ALIRAN AGAMA SSN SMK MUTIARA
LABUAN 20 Januari 2024, Kelas Aliran Agama SSN SMK Mutiara telah berjaya menganjurkan Mahrajan Thaqafi Madani Antarabangsa Kelas Aliran Agama SSN SMK Mutiara pada 20 Januari 2024. Turut sama dalam menjayakan program ini adalah En. Ag Rozlan bin Manan, pengetua SSN SMK Mutiara, Puan Roziah Abdul Rahim, Penolong Kanan Pentadbiran , SSN SMK Mutiara, Ustaz Haji Zainal Abdul Wahab, Penyelaras Kelas Aliran Agama SSN SMK Mutiara, Ustazah Siti Sarah Abdul Majid, Ketua Panitia Pendidikan Islam, SSN SMK Mutiara, Encik Hisham Abd Aziz, Penolong Kanan Pentadbiran SM MAIWP Labuan,Ustazah Nurfalina binti Kasim, Guru Pendidikan Islam dari SMA MAIWP Labuan, Ustaz Saifulizzan bin Mat Yasin, Ketua Kem Komandan Mahrajan Thaqafi Madani Antarabangsa Kelas Aliran Agama SSN SMK Mutiara, , Ustaz Moahammad Rizailan bin Che Mohd Sukri, Ustaz Mohd Fuad Ibrahim, Ustaz Mohamad Izzudin bin Mohamed Nazeri, Ustazah Siti Zamriah binti Hussin, Ustazah Nur Hanani binti Mohd Nasir dan Ustazah Nur Fasihah binti Daeng Mustafa Kamal dari SSN SMK Mutiara selaku urusetia program kali ini,.
Seramai 120 peserta telah menyertai program ini dengan jayanya melibatkan semua murid Kelas Aliran Agama dari tingkatan satu as-Syafie hingga ke tingkatan 5 as-Syafie , SSN Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara. Ustaz Haji Zainal Abdul Wahab selaku penyelaras program telah menjemput tiga orang penceramah hebat untuk menjayakan program ini. Mereka adalah Ustazah Nurfalina Kasim yang bertugas sebagai Guru Pendidikan Islam di SMA MAIWP Labuan. Beliau merupakan bekas penuntut Universiti Yarmouk ,Irbid, Jordan yang merupakan bekas murid Kelas Aliran Agama, SMK Mutiara . Penyampai Halaqah Thaqafah Alamiyyah ke duanya adalah Mohd Shafiq Haziq bin Faizal, penuntut tahun pertama Jurusan Bahasa Arab dan Kesusasteraan ,University of Jordan, Jordan dan syeikh Ahmad Abu Zaid al-Hafiz , Pengurus El-Syabab Academy Education,Jordan.
En. Ag Rozlan bin Manan, pengetua SSN SMK Mutiara telah merasmikan program ini dengan jayanya. Beliau telah menyampaikan amanat buat semua peserta agar terus istiqamah mempelajari Bahasa Arab demi memartabatkan agama Islam buat warga Wilayah Persekutuan . Mahrajan Thaqafi Madani Antarabangsa Kelas Aliran Agama SSN SMK Mutiara ini disasarkan kepada semua murid Kelas Aliran Agama SMK Mutiara seramai 133 orang murid dari tingkatan satu hingga ke tingkatan lima Kelas Aliran Agama SSN SMK Mutiara. Ianya bermatlamat untuk membina keyakinan tinggi para murid menghadapi suasana persekitaran yang mempunyai pelbagai aliran pemikiran, seterusnya melahirkan generasi yang berilmu dan beramal soleh. Inilah aspirasi kepimpinan negara yang ingin melihat setiap insan itu mempunyai keistimewaan tersendiri yang diharapkan untuk menambah baik sistem pendidikan negara. Kita bukan hanya ingin melahirkan golongan bijak pandai tetapi juga mempunyai sahsiah dan jati diri yang tinggi terhadap negara. Sikap tahu mengucapkan terima kasih, tahu menghormati golongan tua dan pemimpin yang berjasa harus sentiasa diterapkan dalam jiwa anak-anak muda. Sikap ini penting dalam memastikan negara mempunyai generasi pewaris yang berwibawa. Hal ini bukanlah satu perkara mudah, apatah lagi dalam era globalisasi tanpa sempadan ini, namun kerjasama semua pihak dan rasa kebertanggungjawaban yang ada dalam diri manusia mampu melakukan transformasi ini.
Beliau juga merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada murid-murid yang akan menerima hadiah nanti atas pencapaian mereka dan diharapkan pencapaian kecemerlangan tersebut tidak berakhir di sini sahaja. Teruskanlah kecemerlangan itu sampai bila-bila. Segala kejayaan ini tidak seharusnya melekakan kita. Benar, kita telah mencipta banyak kejayaan, tetapi ini tidak bermakna bahawa kita boleh selesa berpeluk tubuh mengharapkan setiap kejayaan yang dicipta pada masa lalu akan berulang dengan sendirinya pada masa hadapan. Hakikatnya, kita sedang menghadapi pelbagai cabaran baru yang menuntut supaya kita sentiasa meneroka ilmu terkini, melakukan inovasi dan berusaha untuk melangkaui sempadan kecemerlangan.
Semua peserta mengambil peluang ini dengan memberikan sepenuh tumpuan kepada ceramah yang disampaikan oleh semua penceramah jemputan yang dijemput oleh pihak penganjur. Sessi video call secara langsung bersama syeikh Ahmad Abu Zaid menaikkan semangat kepada para peserta untuk berbual secara langsung dalam Bahasa Arab. Keterujaan peserta diteruskan lagi dengan sessi klinik memanah bersama pasukan Kelab Memanah al-Ehsan dan Persatuan Memanah Tradisional Victoria. Pertandingan Memanah juga telah diadakan kepada semua peserta yang hadir Terdapat 5 anugerah utama yang dipertandingkan pada majlis kali ini. Berikut adalah senarai nama pemenang utama setiap kategori yang dipertandingkan. Antaranya Tokoh Kelas Aliran Agama dan Tokoh Kurikulum KAA dimenangi oleh Adik Nur Adlina binti Mohd Saifulizzan,5 as-Syafie, Tokoh Kokurikulum dimenangi oleh adik Roslynah binti Zakaria ,5 as-Syafie, Tokoh Imam as-Syafie dimenangi oleh adik Dinca al-Fansia,3 as-Syafie dan adik Ajmal Rosyada binti Zainal,5 as-Syafie. Kelas 3 as-Syafie dan 5 as-Syafie dinobatkan sebagai Kelas Terbaik KAA 2023. 5 orang murid telah dipilih untuk menjadi Tokoh Bilal Surau al-Marjan dan 10 orang murid telah terpilih untuk memenangi Tokoh Imam Syafie. Cikgu Hisham Abd Aziz Penolong Kanan Pentadbiran SMA MAIWP Labuan telag dinobatkan sebagai Tokoh Mursyid KAA SMK Mutiara 2024. Semoga program ini memberikan impak maksima kepada semua murid KAA dan menyuntik motivasi mereka untuk meneruskan pengajian ke menara gading. Ucapan terima kasih juga kepada pihak Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SSN SMK Mutiara kerana menjadi rakan penajaan strategik kepada pihak pengajur program ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Sektor Pendidikan Islam ,Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan yang telah memberikan kerjasama yang erat kepada SSN SMK Mutiara melalui sumbangan kewangan yang terbaik demi menjayakan program yang mulia. Semoga segala jasa baik yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini akan menjadi wasilah dan bekalan baik kita semua untuk agama, bangsa dan negara kita.
Disediakan oleh :
Ustaz Haji Zainal Abdul Wahab
Penyelaras
Mahrajan Thaqafi Madani Antarabangsa Kelas Aliran Agama SSN SMK Mutiara 2024
Gambar kenangan semua peserta Mahrajan Thaqafi Madani Antarabangsa, Kelas Aliran Agama SMK Mutiara 2024
Poster Digital Mahrajan Thaqafi Madani Antarabangsa Kelas Aliran Agama SMK Mutiara 2024
Syeikh Ahmad Abu Zaid sedang menyampaikan amanat Halaqah Thaqafiyah Alamiyah kepada peserta semua peserta Mahrajan Thaqafi Madani Antarabangsa Kelas Aliran Agama SMK Mutiara 2024 secara online.
Barisan Guru Pendidikan Islam KAA SMK Mutiara bersama Puan Roziah Abdul Rahim ,Penolong Kanan Pendbiran SMK Mutiara dan En. Ag Rozlan bin Manan ,pengetua SSN SMK Mutiara.
Ustazah Nufalina Kassim menerima sijil dan hadiah cenderahati dari encik Ag Rozlan Manan sambil diperhatikan oleh Ustaz Zainal Abdul Wahab.
En. Hisham Abd Aziz menerima anugerah Tokoh Mursyid KAA SMK Mutiara 2024 dari En. Ag Rozlan bin Manan bersama barisan Guru Pendidikan Islam KAA SMK Mutiara.
Adik Nur Adlina Mohd Saifulizzan menerima piala dan sijil Penghargaan Tokoh Kelas Aliran Agama SMK Mutiara 2023 sambil ditemani oleh ayahnya Ustaz Mohd Saifulizzan dan Ustaz Zainal Abdul Wahab.
Hajjah Kamariah menerima sijil penghargaan dan cenderahati dari encik Ag Rozlan bin Manan dan diperhatikan oleh Ustaz Zainal Abdul Wahab.
Adik Alya Mahirah Abdul Wahid wakil kelas 3 as-Syafie menerima hamper selaku kelas Terbaik KAA SMK Mutiara 2023 daripada En. Ag Rozlan Manan diperhatikan oleh Ustaz Zainal Abdul Wahab dan Ustazah Siti Sarah Abdul Majid.
Sessi perbualan video langsung dari Jordan bersama syeikh Ahmad Abu Zaid dan peserta program.
En. Ag Rozlan Manan melakukan latihan memanah bersama jurulatih memanah dari Kelab Memanah al-Ehsan.
Ustaz Zainal Abdul Wahab melakukan latihan memanah bersama jurulatih memanah dari Kelab Memanah al-Ehsan.
Hajjah Kamariah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kaedah memanah yang betul kepada adik Arynah binti Yahya.
Adik Ahmad Zawafir Afnan bin Zainal melakukan latihan memanah sambil diberikan tunjuk ajar oleh jurulatih Memanah Kelab al-Ehsan, en. Mohd Agku Fitri.
Semua peserta lelaki sedang menunaikan solat Zohor secara berjemaah.
Ustazah Nurfalina Kassim sedang menyampaikan amanat dalam Slot Halaqah Thaqafiyah Alamiyah kepada para peserta program.