04 Mei 2024 – Program Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda Sekolah (Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas Sekolah, Dan Pengawas Pusat Sumber) 2024 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Juara SMK Labuan. Seramai 107 Pengawas sekolah, 63 Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), dan 53 Pengawas Pusat Sumber (PSS). Program ini akan melibatkan Pemimpin Muda SMK Labuan seramai 223 murid. Tahun ini juga, Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) berkolaborasi bersama PRS dari SSN SMK Mutiara iaitu seramai 30 murid. UBK juga menjemput Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) seramai 20 pelajar dari UMSKAL sebagai fasilitator program Kepimpinan tersebut. Kolaborasi Bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) adalah bertujuan untuk memberikan inspirasi kepada pelajar.
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMSKAL Sebagai Fasilitator Program.
Menurut penyelaras program, Cik Rozzanne John majlis tersebut bertujuan untuk memberikan pendedahan terhadap kepentingan sifat kepimpinan dan membuang sikap sambil lewa pemimpin muda disamping menanamkan perasaan sentiasa bersedian untuk memimpin.
“Melalui penyertaan program ini mampu menjadikan barisan kepimpinan sekolah pada tahun 2024 sebagai “role-model” terbaik bagi murid-murid sekolah ini.” kata beliau lagi yang juga merupakan Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) sekolah.
Pelbagai aktiviti berunsur kepimpinan telah didedahkan kepada pelajar antaranya ialah “Know Yourself”, “Hands Up”, “Vision Board”, “Energizer”, “Blow Blow”, “Hot Session”, “Monkey Tail”, and “The Longest Line”. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMSKAL menjadi fasilitator bagi setiap aktiviti kepimpinan tersebut.
Peserta berkongsi sifat keperibadian mereka sesame ahli Kumpulan melalui Aktiviti “Know Yourself”
Peserta Kem Kepimpinan Membuat sorakan Kumpulan masing-masing melalui aktiviti “Hands Up”.
Pelajar menerangkan “Vision Board” kepada semua peserta Kem Kepimpinan.
Aktiviti “Blow Blow” yang dilakukan oleh pelajar.
Pelajar dari SSN SMK Mutiara membentangkan jawapan dalam aktiviti “Hot Session”.
Aktiviti berkumpulan iaitu “Monkey Tail”.
Aktiviti “ The Longest Line”
Program Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda Sekolah diakhiri dengan ucapan daripada Puan Jamaliah, Penolong Kanan Pentadbiran Kanan HEM SMK Labuan.
Penolong Kanan HEM memberikan ucapan semasa majlis penutupan Program Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda Sekolah.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa murid-murid yang dilantik berpeluang untuk melatih diri sebagai pemimpin muda dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan sekolah.”Saya yakin dan percaya bahawa mereka yang terpilih dan dilantik mempunyai keupayaan dan kewibawaan dalam melaksanakan tugas” ujarnya.Tambahannya lagi pelantikan pemimpin muda ini juga adalah selaras dengan usaha KPM yang ingin wujudkan ABC iaitu anak yang baik lagi cerdik dalam semua aspek.
Di akhir majlis, Puan Jamaliah, Penolong Kanan Pentadbiran Kanan HEM SMK Labuan memberikan sijil penghargaan kepada Guru UBK SSN SMK Mutiara dan kepada Pengawas Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya, dan Pengawas Pusat Sumber SMK Labuan.
Penyampaian sijil penghargaan dan Penyertaan kepada Guru UBK SSN SMK Mutiara.
Penyampaian sijil penghargaan dan penyertaan kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMSKAL.
Berita oleh: SMK Labuan