“Setitik Darah, Sejuta Makna” – Kempen Derma Darah Anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Perumahan Bedaun W.P. Labuan Dapat Sambutan

Labuan, 10 November – Program Kempen Derma Darah anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Perumahan Bedaun Wilayah Persekutuan Labuan dibantu oleh Kelab Doktor Muda Sekolah telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Program ini merupakan inisiatif untuk membantu menambahkan tabung darah di Hospital Labuan demi rawatan pesakit dan juga kes-kes kecemasan. Kempen derma darah ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan memberi peluang kepada semua guru serta orang awam untuk menunaikan tanggungjawab kemasyarakatan. Selain, memupuk sifat penyayang dan sedia membantu tanpa mengira bangsa dan agama. 

Kempen Derma Darah ini turut diserikan lagi dengan beberapa persembahan daripada pelajar SMK Taman Perumahan Bedaun.

SMK Taman Perumahan Bedaun merupakan sekolah yang telah bertungkus lumus menganjurkan program derma darah ini dan telah berjaya menambah tabung darah Hospital Labuan sebanyak 59 paket darah dalam masa yang lebih singkat daripada jangkaan awal kerana semua guru dan warga labuan sama-sama turut serta menderma darah. Malahan, program ini juga dapat membuka mata warga guru dan penduduk Labuan bahawa betapa pentingnya 1 paket darah dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

Penderma boleh menderma darah sekiranya tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Sjil penghargaan dan makanan telah diberikan kepada penderma darah yang mendaftar terlebih dahulu sebagai penderma darah.

Gambar sekitar kempen derma darah berlangsung dengan penuh meriah dan mendapat sambutan yang menggalakan daripada orang awam

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Hospital Labuan kerana bersama-sama merealisasikan program kemasyarakatan ini.

Pengetua SMKTPB selaku Pengerusi Jawatankuasa Kempen Menderma Darah anjuran SMK Taman Perumahan Bedaun 2024, Puan Norazita bt Md Nor @ Shamsuri merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program khidmat masyarakat melalui kempen derma darah.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua penderma darah yang telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Beliau juga bersyukur kerana program yang dirancang berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektifnya.

Turut hadir bersama dalam program ini ialah Pn. Chai Yee San (Pen. Kanan Pentadbiran) selaku setiausaha JK Kempen Menderma Darah, Seri Kandi Muali (Pen. Kanan HEM) En. Yee Chon Hian (Pen. Kanan Kokurikulum), En. Heidar Hussein Bin Mohammad Rashid (YPD PIBG), guru-guru kanan bidang serta AJK yang terdiri daripada guru-guru SMKTPB.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua penderma darah yang telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Beliau juga bersyukur kerana program yang dirancang berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektifnya.

Berita Oleh : SMK Taman Perumahan Bedaun