SMK Lajau Menyinar pada Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Kebangsaan
SMK Lajau menyinar dengan meraih tempat ketiga bersama Johor di Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Antara Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2017.
Pertandingan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia itu diadakan di Kuala Terengganu, Terengganu pada 13-16 Julai.
SMK Lajau yang mewakili Wilayah Persekutuan Labuan dibimbing Muhd Hisyam Assim menewaskan Melaka di Pusingan Awal 1 dan Sabah di Pusingan Awal 2.
Di peringkat suku akhir, SMK Lajau mengatasi cabaran Kelantan dengan keputusan 5-0.
Bagaimanapun, hasrat pasukan itu untuk mara ke pentas akhir disekat oleh pasukan Selangor di pusingan separuh akhir.
Selangor yang muncul juara pertandingan itu turut memenangi anugerah Pembahas Terbaik. Naib johan dimenangi Sarawak.
Sekolah itu diwakili Nur safiah Lalim, Thasmawaty Aripin, Irham Zulhilmi Mohd Johan, Nur Alia Fathihah Ryzisyaini dan Nurul Fatin Nazeera Qaber yang kesemuanya pelajar Tingkatan Lima Amanah menerima RM250 dan trofi serta sijil.
Jabatan Pendidikan WP Labuan mengucapkan syabas dan tahniah di atas pencapaian SMK Lajau. Labuan Hebat, Guru Sayang Muridnya.
Pautan Berita Kejayaan :
- JPWPL Sana Sini : Kejayaan SMK Lajau Bahas Ala Parlimen 2017
- Malaysia Aktif : Hasil Gilap Bakat Sejak Tingkatan Satu, SMK Lajau Terima Hasilnya