
Labuan, 24 Julai 2025 – Satu program ceramah sempena Program Remaja Unggul Aspirasi Negara Peringkat SMK Lajau Tahun 2025 telah diadakan di Dataran Gemilang, SMK Lajau melibatkan kehadiran seramai 434 pelajar, warga sekolah serta jemputan dari pelbagai agensi diadakan semalam.
Ceramah yang disampaikan memberi fokus kepada isu penyalahgunaan dadah, jenayah buli, gangguan seksual, serta pencegahan jenayah komersil termasuk penipuan dalam talian. Pameran turut diadakan memaparkan maklumat tentang modus operandi sindiket jenayah penipuan.
Lawatan Pegawai Perhubungan Sekolah turut dijalankan sebagai sebahagian daripada program jalinan kerjasama antara PDRM dan pihak sekolah.
Sumber : Laman Facebook Polis Daerah Labuan






