Kunjung Hormat JAWI ke Jabatan Pendidikan WP Labuan

Labuan, 31 Julai 2025 — Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ke Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan bertempat di Bilik Mesyuarat Botanikal pada jam 2.30 petang.

Pertemuan ini bertujuan untuk mengukuhkan jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi, khususnya dalam hal ehwal pendidikan Islam. Antara perkara utama yang dibincangkan ialah pendaftaran Sekolah Integrasi Rendah Agama (SIRAJ) Saidina Umar Al-Khattab sebagai langkah memperluas akses pendidikan agama secara sistematik di Labuan.

Rombongan daripada JAWI diketuai oleh Us Muhd Najib bin Abd Rahim, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pelajaran JAWI Labuan.

Turut hadir Ustzh Juwita bt Jimi, Penolong Pegawai, Cawangan Pelajaran JAWI Labuan, Ustaz Radzizam bin Ag Damit, Guru Besar SIRAJ Saidina Umar Al-Khattab.

Perbincangan dua hala ini telah dipengerusikan oleh Encik Yahya bin Ahmad Puteh, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran yang menjalankan tugas sebagai Pengarah Pendidikan WP Labuan.

Pertemuan ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkasa pendidikan Islam dan memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi pendidikan dan keagamaan di Wilayah Persekutuan Labuan.