Majlis Perpisahan “Langkahmu Dikenang, Jasamu Disanjung”

Labuan, 1 Ogos 2025 — Kelab Pendidikan JPWPL (KELPEN) telah menganjurkan sebuah majlis penuh emosi dan penghargaan bertempat di Bilik Mesyuarat Botanikal bagi menyantuni tujuh orang warga jabatan yang akan berpindah.
Mereka bukan sekadar meninggalkan jejak, tapi juga inspirasi yang akan terus mekar di hati warga JPWPL.
Pertukaran dan pusingan kerja pegawai JPWPL:
• En. Christopher (SPS) ke SMK TPBedaun
• Pn. Julynah (SIP) ke SK Bebuloh
• Cik Maznah (SPM) ke SMK Rancha-Rancha
• Pn. Nora (SPg) ke SM St Anthony
• Pn. Ainita (SICT) ke Jabatan Akauntan Negara WP Labuan
• En. Suliman (SICT) ke Hospital Labuan
• En. Norizal (SICT) ke Bahagian Penilaian dan Perkhidmatan Hartan BPPH WP Labuan
Majlis ini bukan sekadar perpisahan tetapi sebagai tanda penghargaan dan kenangan manis warga jabatan di bawah bumbung JPWPL.
Semoga mereka terus cemerlang di tempat baharu.
Kerana yang datang akan pergi, tapi kenangan takkan pernah berakhir.





