Kunjung Hormat Jabatan Pendidikan Labuan ke Pejabat Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan

Labuan, 11 Ogos 2025 – Jabatan Pendidikan Labuan telah mengadakan Kunjung Hormat ke Pejabat Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Tuan Simsudin Bin Sidek. Kunjung hormat tersebut diketuai oleh Yahya Ahmad Puteh, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran yang menjalankan tugas sebagai Pengarah Pendidikan.
Turut hadir ialah Tuan Haji Sawal Salleh, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, En. Awang Marten Bin Datuk Haji Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan murid dan pegawai-pegawai dari Sektor Pembelajaran, Sektor Perancangan serta Sektor Infrastruktur dan Perolehan. Manakala, En.Fadzillah Hj Mahmud, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan turut bersama-sama dalam kunjungan hormat tersebut.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan pembangunan pendidikan yang sedang giat dilaksanakan meliputi kemudahan-kemudahan dan prasarana pendidikan. Dalam kunjung hormat itu juga turut dibincangkan perkembangan prestasi dan pencapaian pendidikan dari segi pembangunan profesionlisme guru serta pemantapan jaringan dan jalinan sektor pendidikan dengan agensi-agensi luar.





