Kunjungan Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan

Labuan, 11 Ogos 2025 – Jabatan Pendidikan Labuan telah menerima kunjungan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan. Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan program-program dan aktiviti antara kedua-dua jabatan berkenaan.
Rombongan ini telah disambut oleh Yahya Ahmad Puteh, Timbalan Pengarah Pendidikan menjalankan tugas Pengarah Pendidikan. Manakala, rombongan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat diketuai oleh Puan Nur Syahiera DS Shuib yang mengetuai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak WP Labuan.
Turut hadir ialah Tuan Haji Sawal Salleh, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah dan En.Awang Marten Datuk Haji Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid.