PERTANDINGAN GENTA SUARA SSM PERINGKAT LABUAN : CUNGKIL BAKAT SENI SUARA PELAJAR

Labuan, 26 September 2025 – Pencarian wakil Labuan ke pertandingan Genta Suara Sekolah-Sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan berjaya dianjur baru-baru ini bertempat di Studio RTM Labuan.
Seramai 25 peserta bertanding bagi empat kategori iaitu solo dan duo yang melibatkan penyertaan sekolah rendah dan menengah di sekitar Labuan.
Kategori solo, Johan milik Pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kalam, Mohamad Furqan Sabri dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Labuan Nur Qiesha Kaisarah Mohd Saiful.
Manakala Kategori duo milik pasangan SK Lubuk Temiang Muhammad Farish Feerid dan Nor Shahhira Sari dan gandingan Nur Qiesha dan Ellicia Wong dari SMK Labuan.
Kesemua mereka akan ke berentap di PICC Putrajaya yang dijadual berlangsung pada 14 Oktober ini.
Jelas penganjur, Jabatan Pendidikan Labuan, program berjaya menghimpunkan bakat-bakat muda dalam bidang seni suara. Ia platform melahirkan generasi pelajar yang berkeyakinan, kreatif, berbakat serta mampu mengharumkan nama Labuan dalam bidang kesenian.
Penganjuran juga seiring dengan aspirasi Generasi MADANI, membentuk pelajar cemerlang dalam akademik dan menyerlah dalam sahsiah, kepimpinan, serta penglibatan aktif dalam bidang kokurikulum dan kesenian.
Program dikelola oleh SMK Pantai dengan kerjasama Jabatan Penyiaran Malaysia Labuan (LABUANfm).
Sumber Berita : FB BES Labuan





