Memartabatkan Kepimpinan Pendidikan di Semua Peringkat bagi Memastikan Kemenjadian Murid
Labuan – Perhimpunan bulanan bagi bulan Julai 2017 telah diadakan pada 25 Julai 2017 yang bertempat di Bilik Benua, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan (BTPN).
Perhimpunan kali ini telah dikelolakan oleh Sektor Pengurusan Maklumat, Sektor Jaminan Kualiti, dan Sektor Psikologi dan Kaunseling.
Dalam perutusan Pengarah Pendidikan, Encik Raisin Saidin mengucapkan tahniah, syabas dan terima kasih kepada semua ketua sektor, KPP BTPN, pegawai jabatan, Pengetua Guru Besar atas kejayaan pelaksanaan semua program Sektor, BTPN dan Sekolah.
Beliau menzahirkan rasa syukur di atas kejayaan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan di atas pencapaian cemerlang dalam Penarafan Kecemerlangan PPD dengan mendapat 4 bintang.
Begitu juga pencapaian Cemerlang dalam pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) daripada agensi MAMPU.
Banyak kejayaan yang telah dicapai oleh pihak jabatan dan sekolah samada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Antara kejayaan yang dicapai dalam bulan Jun dan Julai adalah seperti :
- Anugerah Emas oleh SISC + dan SMS Labuan dalam Pertandingan inovasi dan pameran Blue Ocean Strategy peringkat kebangsaan, 3-4 Julai 2017, IPG Kampus Darulaman Kedah.
- Pengiktirafan Kerajaan Malaysia SMK Pantai sebagai IB World School Peringkat Antarabangsa.
- Anugerah Silver B : The 15th Malaysian Choral Eisteddfod 2017 National Choir Competition oleh SMK Labuan.
- Tempat Ketiga : Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Antara Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2017 oleh SMK Lajau
- SMK Labuan meraih pingat gangsa dalam pertandingan Kebangsaan ;National Wind Orchestra Festival 2017.
Tema perhimpunan bulanan bagi bulan Julai 2017 adalah ‘ Memartabatkan Kepimpinan Pendidikan di Semua Peringkat bagi Memastikan Kemenjadian Murid’.
Encik Raisin Saidin berkata, prasyarat untuk menjadi pemimpin cemerlang perlu mempunyai kekuatan peribadi, kekuatan pengetahuan dan kekuatan peranan.