Bengkel Penulisan Kaligrafi untuk Guru-Guru Bahasa Cina WP Labuan Tahun 2026

Labuan, 18 April 2026 – Bengkel anjuran Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan WP Labuan ini bertempat di dewan SJKC Chi Wen.
 
Seramai 57 orang guru Bahasa Cina dari sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan dan sekolah menengah telah menghadiri bengkel tersebut.
 
Bengkel ini telah dikendalikan oleh 3 orang penceramah jemputan dari Persatuan Seni Tulis Cina Kaligrafi Kota Kinabalu, Sabah iaitu En Chong Shau Lun, selaku Timbalan Presiden Persatuan Seni Tulis Cina Kaligrafi Malaysia merangkap Pengerusi Persatuan Seni Tulis Cina Kaligrafi Kota Kinabalu, Sabah, dibantu oleh Pn Liau Yi Wen dan En Yap Keng Vui.
 
Para peserta telah dibimbing teknik asas penulisan kaligrafi, analisis struktur aksara serta strategi pedagogi pengajaran, kaligrafi sekali gus meningkatkan kecekapan profesional guru.
 
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Pn Noraini Binti Sabudin, Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Perancangan Jabatan Pendidikan WP Labuan. Turut hadir bersama ialah Pegawai Penyelaras, Puan Siow MayYun, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pembelajaran, Puan Pan Yi Ying, Guru Besar SJKC Chi Wen, , Puan Yong Kui Chen, Guru Besar SJKC Chung Hwa, dan Encik Julius Voo Jiunn Jye, Guru Besar SK St Anne.
 
Peserta bengkel terdiri dari guru-guru SJKC Chi Wen, 35 orang, SJKC Chung Hwa, 16 orang, manakala SK Pekan Satu, SK Kerupang, SK Pekan, dan sekolah menengah iaitu SMK Labuan, SMK St Anne dan SMK St Anthony masing-masing seorang.
 
Secara keseluruhannya, bengkel ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran penulisan guru, malah memperkukuh keyakinan mereka untuk melaksanakan pendidikan kaligrafi di dalam bilik darjah.