MAJLIS BAI’AH DAN AKU JANJI CALON SPM 2026 SMK PANTAI

Labuan, 22 April 2026 – Majlis Bai’ah dan Aku Janji Calon SPM 2026 SMK Pantai telah berlangsung dengan jayanya pada 22 April 2026 (Rabu), jam 7.00 pagi. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Yahya bin Ahmad Puteh, Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh adik Muhammad Faez Fitri bin Charles Lee Mun Swee dari kelas 5 UKM bagi memohon keberkatan dan kelancaran majlis.
Seterusnya, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Pengetua SMK Pantai, Encik Ismail bin Abdullah, yang menzahirkan harapan agar semua calon memberikan komitmen sepenuhnya dalam usaha mencapai kecemerlangan akademik.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan amanat penuh inspirasi daripada Yang Berusaha Encik Yahya bin Ahmad Puteh, Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan kepada para calon sebagai panduan serta pembakar semangat dalam menghadapi peperiksaan SPM yang bakal menjelang.
Kemuncak majlis menyaksikan bacaan ikrar oleh adik Neana Fernanda binti Zainal dari kelas 5 UKM, diikuti dengan acara simbolik menandatangani Aku Janji sebagai lambang komitmen bersama antara murid, ibu bapa dan pihak sekolah ke arah kecemerlangan SPM 2026. Simbolik tersebut melibatkan wakil murid, Nur Naila Syahirah binti Syahiran (5 UPM), wakil ibu bapa, Puan Nellina binti Sidup, serta wakil guru, Cikgu Norazlina binti Nordin.
Diharapkan agar bai’ah atau aku janji yang dilafazkan menjadi pemangkin kepada semangat dan iltizam para calon untuk terus berusaha dengan gigih sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2026.
“SMK PANTAI MENGANGKAT MARTABAT MURID”
SUMBER BERITA : FB SMK Pantai WP Labuan










