Labuan, 11 April 2026 – Telah berlangsung dengan jayanya Karnival Kerjaya STEM dan STEM UP @ Labuan 2026 yang bertempat di Ruang Legar Anggerik, Ujana Kewangan.
Majlis gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh Encik Yahya Bin Ahmad Puteh, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan. Kehadiran beliau merupakan manifestasi sokongan padu jabatan terhadap usaha pemerkasaan pendidikan STEM di peringkat wilayah.
Program berimpak tinggi ini merupakan anjuran bersama SSN SMK Mutiara dan Duta Guru W.P. Labuan, dengan kerjasama strategik daripada Yayasan Petronas.
Antara pengisian utama karnival tersebut termasuklah:
- Pameran Inovasi STEM: Memaparkan kreativiti dan daya cipta murid melalui agensi-agensi jemputan dan 12 pasukan STEMoby.
- Forum Kerjaya STEM: Sesi perkongsian ilmu mengenai hala tuju dan peluang kerjaya dalam bidang sains dan teknologi masa kini.
- Agihan STEM Kit: Penghargaan khusus kepada Yayasan DIY atas tajaan STEM Kit yang telah diagihkan kepada murid-murid yang hadir sebagai galakan minat dalam bidang teknikal.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yayasan Petronas, para pempamer, guru-guru, serta seluruh warga Labuan yang hadir memberikan sokongan padu.
Semoga usaha murni ini mampu menyuntik inspirasi kepada generasi muda untuk terus menguasai bidang STEM demi kemajuan negara.
“Sukan Berkualiti, Akademik Terpuji, STEM Dihati”
SUMBER BERITA : FB SMK MUTIARA WP LABUAN











![]()

