Labuan, 28 April 2026 – Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) PDRM, ASP Rahmat Muda dan Sarjan Fatimah Salleh telah mengadakan lawatan serta menyampaikan ceramah ‘Anti Buli’ sempena pelancaran Kempen Anti Buli di SMK Pantai, Labuan.
Program yang dirasmikan oleh pihak sekolah ini memberi penekanan kepada kesedaran pelajar mengenai kesan buli, langkah pencegahan serta kepentingan melaporkan sebarang kejadian kepada pihak berwajib. Ceramah oleh PPS turut memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar berkaitan isu disiplin dan keselamatan diri.
Seramai 519 pelajar dan 12 guru telah menyertai program ini, sekali gus menunjukkan komitmen pihak sekolah dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan harmoni.
Inisiatif ini merupakan usaha berterusan PDRM dalam memperkukuh kerjasama dengan institusi pendidikan bagi membendung gejala buli dalam kalangan pelajar.
SUMBER BERITA : FB Polis Daerah Labuan






![]()

