JPWPL Perkasa Kompetensi Digital Guru

LABUAN, 13 Julai 2026 – Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (JPWPL) melalui Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan telah menganjurkan Bengkel Prestasi Digital Guru Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2026 di Bilik Seminar Rafflesia, Ujana Kewangan.
 
Program yang dipengerusikan oleh Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Encik Yahya bin Ahmad Puteh, memberi fokus kepada prestasi latihan digital, pensijilan digital guru serta Program Pemerkasaan Bacaan Murid dan AINS.
 
Sesi dialog prestasi dilaksanakan bagi mengenal pasti jurang, cabaran dan tindakan intervensi yang perlu diberi keutamaan. Peserta turut didedahkan kepada penggunaan NotebookLM sebagai alat berasaskan AI untuk mengurus maklumat, merumus dokumen dan menyokong tugasan pendidikan dengan lebih cekap.
 
Penganjuran ini mencerminkan komitmen JPWPL dalam melahirkan guru yang kompeten digital, berinovasi, celik AI dan bersedia memacu transformasi pendidikan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Loading

image_pdfimage_print