LABUAN, 9 Julai 2026 – Seramai 132 murid Tahun 4 dan Tahun 5 SK St Anne menyertai Bengkel Penulis Cilik: Eksplorasi Kreatif Bersama Gemini AI yang berlangsung di Bilik Seminar Rafflesia, Ujana Kewangan.
Program di bawah Projek Khas AI Powered Classroom SK St Anne itu dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada murid mengenai penggunaan teknologi Artificial Intelligence (AI) secara kreatif, beretika dan bertanggungjawab dalam menghasilkan idea serta karya penulisan.
Program tersebut turut melibatkan empat orang murid sekolah jemputan yang masing-masing mewakili:
SK Membedai
SK Pekan 1
SK Pekan 2
SJKC Chi Wen
Turut hadir ialah empat orang guru pengiring, 10 orang guru jawatankuasa, dua orang pentadbir sekolah serta seorang juruteknik bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program.
Bengkel dikendalikan oleh Pasukan Teknodidik yang membimbing murid meneroka penggunaan Gemini AI sebagai alat sokongan untuk mencetuskan idea, membina watak, menyusun jalan cerita dan mengembangkan kreativiti dalam penulisan.
Sepanjang bengkel, murid diberi peluang menghasilkan karya berdasarkan imaginasi dan idea sendiri dengan bantuan teknologi AI. Pendekatan ini bukan sahaja menjadikan proses pembelajaran lebih menarik, malah membantu meningkatkan kemahiran komunikasi, kreativiti, pemikiran kritis dan literasi digital murid.
Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan dalam memperkasa pendidikan digital serta memperluas penggunaan AI dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Melalui Projek Khas AI Powered Classroom ini, murid diharapkan dapat menjadi pengguna teknologi yang bijak, kreatif dan bertanggungjawab, selaras dengan keperluan pendidikan masa kini serta cabaran dunia digital.











![]()

