LABUAN, 26 Julai 2026 – Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan melalui Sektor Pendidikan Khas telah menganjurkan Program Sentuhan Kasih Pengarah Pendidikan: Ke Arah Kecemerlangan CBPK SPM 2026 di Kelas PPKI, SMK Mutiara.
Program telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Yahya bin Ahmad Puteh, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, yang turut menyampaikan amanat dan kata-kata motivasi kepada calon berkeperluan pendidikan khas (CBPK) SPM 2026 serta ibu bapa/penjaga.
Program ini bertujuan memperkukuh kerjasama antara Jabatan Pendidikan, sekolah dan ibu bapa dalam memastikan calon mendapat sokongan menyeluruh bagi menghadapi peperiksaan SPM 2026. Selain itu, sesi perkongsian dan dialog turut diadakan bagi membincangkan persediaan serta intervensi yang dirancang untuk membantu kecemerlangan calon.
Semoga program ini menjadi pemangkin kepada peningkatan motivasi, keyakinan dan kejayaan CBPK dalam SPM 2026.








![]()

