Cungkil Bakat Pelajar Melalui Bidang Kulinari
Labuan- Tema masakan 2017 iaitu MENU SIHAT “ SAJIAN SIHAT KLASIK MALAYSIA”
Pertandingan Memasak Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri W.P. Labuan 2017 dengan kerjasama KPM Dan Tajaan Nestle Products Sdn Bhd telah diadakan pada 12 Ogos 2017 yang bertempat di Pusat Ko Kurikulum Negeri.
Program ini telah dirasmikan oleh Encik Raisin bin Saidin, Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.
Dalam ucapan tersebut Encik Raisin Saidin menyatakan bahawa :
Matlamat utama pertandingan ini diharapkan dapat melahirkan generasi muda yang berbakat di dalam bidang kulinari. Program ini juga adalah program tahunan kementerian di mana satu usaha dalam mencungkil bakat pelajar dalam bidang masakan di samping membantu meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang berkenaan. Pada masa kini, mempunyai kemahiran memasak memberi keuntungan yang lumayan kepada individu maka sebaiknya pada usia remaja ini, kemahiran memasak perlulah didedahkan dengan menggunakan kreativiti sedia ada.
Pencapaian anak-anak murid kita di Peringkat Kebangsaan juga amat membanggakan di mana pada tahun 2002 SM St Anne telah mendapat Johan, Tahun 2006 SMK Labuan mendapat tempat ke tiga, 2010 SMK Pantai Naib Johan dan 2012 sekali lagi SMK Pantai menjadi Johan.
Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Maggi, yang disokong oleh Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri, telah memberi peluang kepada beribu-ribu murid sekolah untuk menyertai pertandingan memasak di negeri dan kebangsaan, diharap akan terus berbuat demikian pada masa mendatang. Sepertimana yang diuar-uarkan dalam Anjakan ke-10 Memaksimumkan Keberhasilan Murid Bagi Setiap Ringgit ”
KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN MEMASAK SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI 2017
JOHAN : SMK PANTAI
NAIB JOHAN : SMK LABUAN
KETIGA : SMK MUTIARA
Sumber berita : Encik Asmawi bin Ahmad