Pelajar Tingkatan 5 SMK Labuan Mendapat Anugerah Top Scorer Kuiz Kimia Kebangsaan Malaysia 2017

Labuan, 3 Nov – Pelajar Tingkatan 5, adik Kok Hui Taou dari SMK Labuan telah berjaya mengharumkan nama sekolah dan Labuan melalui anugerah Top Scorer Kuiz Kimia Kebangsaan Malaysia (K3M) 2017.

Majlis penyampaian anugerah akan diadakan  dalam majlis “Presentation of Top Scorer Awards 2017, IKM 50th Anniversary Gala Dinner , Malam Kimia 2017 pada 8 Disember 2017 bertempat di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

K3M diadakan setiap tahun iaitu pada bulan Julai, oleh Institut Kimia Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ianya terbahagi kepada dua aras iaitu kimia asas untuk tingkatan empat dan lima,  serta kimia lanjutan untuk  pelajar Pra-U dan Matirkulasi. Soalan merangkumi  sukatan pelajaran SPM dan sukatan STPM.

Objektif utama K3M ini adalah untuk menguji pemahaman pelajar dalam subjek Kimia, meningkatkan minat pelajar terhadap subjek Kimia, meningkatkan subjek itu sendiri di sekolah dan memilih pelajar terbaik untuk menyertai Olimpik Kimia Antarabangsa (ICho).

Kok Hui Taou telah mendapat sijil cemerlang dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2016 nilai skor diperolehi adalah 92.5 peratus dan meningkat pada tahun ini dengan medapat 97.5 peratus.

Ini membolehkan Kok Hui Taou mendapat anugerah Top Scorer Kuiz Kimia Kebangsaan 2017,  seterusnya akan membawa pulang sijil dan wang tunai sebanyak RM500 sebagai ganjaran kemenangan.

Pengetua SMK Labuan, Encik Ismail Abdullah berharap penyertaan SMK Labuan dalam K3M akan terus menghasilkan kejayaan dan akan berusaha lagi agar sentiasa ada murid yang mencapai tahap Cemerlang pada tahun-tahun akan datang.

Untuk rekod, SMK Labuan telah menyertai kuiz ini sejak tahun 2000 dan tahun 2017 merupakan kejayaan yang paling membanggakan dengan satu orang pelajar mendapat sijil tahap cemerlang, satu kepujian (adik Calvin Au Ka Wai) dan empat orang mendapat sijil merit (adik Nigel LLaneta Goh, Calmen Chia Kai Fong, Billy Tan Cheah Ming dan Yap Joewin).

Encik Ismail (3 dari kiri) bersama para pemenang dan guru-guru yang terlibat menguruskan dan membimbing penyertaan murid-murid SMK Labuan dalam Kuiz Kimia Kebangsaan Malaysia (K3M)