Jamuan Gemilang (Lunch Gathering) PPKI SMK Lajau
LABUAN: Pelajar Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) SMK Lajau gembira apabila satu Majlis Jamuan Gemilang (Lunch Gathering) diadakan pada 11 November 2017 bertempat di Grand Dorsett Labuan. Majlis yang dianjurkan oleh BIRO (PIBG) PPKI SMK Lajau diadakan untuk menghargai dan mengiktiraf kecemerlangan pelajar sepanjang tahun 2017.
Encik Mohd Jamatin bin Abd Latip, Pengetua SMK Lajau, menyempurnakan majlis itu yang turut dihadiri oleh Pengerusi BIRO , Puan Fatimah binti Haji Yahya beserta Timbalannya, Encik Norazmi bin Mat, Penolong Kanan PPKI SMK Lajau, Puan Noraini binti Haji Sabudin bersama Barisan Pentadbir SMK Lajau, ibu bapa, dan pelajar-pelajar PPKI SMK Lajau. Mohd Jamatin dalam ucapannya menyambut baik aktiviti dan program seperti itu kerana dapat memberi penghargaan kepada pelajar dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan juga dari segi kemahiran. Tambah beliau, pelajar ini sebenarnya mempunyai pelbagai kecerdasan yang boleh dicungkil, dipupuk dan dikembangkan ke arah kecemerlangan individu yang optimum.
Fatimah, Pengerusi BIRO PIBG dalam ucapannya turut menyanjung tinggi kesungguhan guru-guru kerana bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut. Beliau juga berterima kasih kerana komitmen dan semangat yang ada dalam diri guru-guru dalam mendidik pelajar-pelajar berkeperluan khas dan berharap usaha murni itu dapat diteruskan pada masa akan datang.
Majlis itu dimulakan dengan penyampaian anugerah kecemerlangan pelajar dalam bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid, dan Ko-Kurikulum. Majlis tersebut juga turut dimeriahkan dengan sambutan hari lahir pelajar, persembahan nyanyian dari pelajar dan acara cabutan bertuah.
Majlis gilang gemilang itu turut mendapat sumbangan berbentuk hamper, baucer, dan juga wang ringgit. Antara penyumbang, Koperasi SMK Lajau, Petronas Methanol Labuan Sdn. Bhd, Hotel Grand Dorsett Labuan, Pemborong WCW, Kedai Cantik Murah House, Kedai Buku United Joncho, Pirana Jaya Enterprise, Kedai Nove Deep Enterprise, Kedai Emas Shun Yick, Kedai Runcit Tanjung Aru, dan Kedai Soon V Trading, Kedai Hoi Peng Hardware, Restoran JJ Nazar, Sabah Flour Labuan, dan Crystal Bright Stationery. Sumbangan daripada orang perseorangan , adalah Pn Jasmine Abdullah, , Datin Stacy Lee Laye Ying, Hajah Fauziah Datuk Mohd Din, Datin Emma Kilo, Madam Teo Chip Guan, Mr. Darius Hiew, Mr. Chan Kok Ung, , En. Johnny, dan Pn. Aisah.
Sumber Berita : SMK Lajau