Special Olympics Labuan raih Naib Johan Pertandingan 10th Special Olympics Borneo Cup
Labuan : Seramai 5 pelajar Program Pendidikan Khas Integriti (PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan Lajau WP. Labuan telah menyertai dan mewakili Special Olympics Labuan dalam pertandingan 10th Special Olympics Borneo Cup and 1st Unified 5 A-Side Football Tournament 2017 di negara Brunei Darussalam bermula 15hb dan berakhir 19hb November 2017.
Pelajar tersebut ialah Mohd Abri Mohd Salleh, Mohd Al Shadie Mohd Salleh, Mohd Khairi Mohd Yamin, Shafiqe Abdul Rahim dan Razak Osman.
Pertandingan yang diadakan di Stadium Hassanal Bolkiah Berakas Brunei Darussalam itu menyaksikan Special Olympics Labuan telah mendapat naib johan setelah tewas kepada pasukan tuan rumah di perlawanan akhir.
Manakala pasukan senior yang juga juara bertahan edisi ke 9 juga mendapat naib johan setelah tewas kepada tuan rumah dengan jaringan 1-0.
Special Olympics Labuan juga disertai oleh 9 orang lagi dari ahli PDK (Pusat Pemulihan Komuniti) Labuan yang juga majoriti merupakan bekas pelajar SMK Lajau.
Kedua-dua pasukan ini telah dilatih dan diringi oleh En Mohd Azhar Bin Kasiman (PPKI SMK.Lajau) dan En.Wong Foo Fook Nelson (Special Olympics Labuan)
Kejohanan kali ini disertai oleh tiga negara iaitu Brunei Darussalam dengan menghantar 4 pasukan, Indonesia diwakili oleh Kalimantan Utara, 2 pasukan, Kalimantan Selatan 2 pasukan. Manakala pasukan Malaysia diwakili negeri Sarawak, 2 pasukan, Sabah 1 pasukan dan Labuan, 2 pasukan.
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Yang berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam.
Negeri Sarawak akan menjadi tuan rumah bagi edisi seterusnya.