Labuan – Sekolah Menengah St. Anthony telah melahirkan dua orang atlet cemerlang renang sempena Kejohanan Akuatik MSSWPL yang diadakan pada 23 – 24 Februari 2018 baru-baru ini.
Adik Nursaimah Binti Hussin pelajar tingkatan 3 telah mendapat 2 pingat emas 1M Terjun Papan anjal dan 2M terjun papan anjal. Ini melayakkan adik Nusaimah dinobatkan sebagai Atlet Cemerlang Terjun bagi kategori 15 tahun ke bawah.
Manakala Adik Bryan Chin Bao Yang pelajar tingkatan 4 telah memperolehi 6 pingat emas dan dua pingat perak. Beliau telah dianugerahkan Atlet Cemerlang Renang kategori 18 tahun ke bawah dengan mencipta empat rekod baru bagi acara 50M dan 100M gaya kupu-kupu, 50M gaya lentang dan 100M gaya bebas, selain memenangi pingat emas 50M gaya dada, 100M gaya dada.
Pengetua sekolah Puan Dona Undoh dalam ucapan beliau semasa Majlis Perhimpunan rasmi sekolah pada 26 Februari 2018, mengucapkan tahniah kepada 2 jaguh renang sekolah, walaupun sekolah tidak ada kolam renang tempat berlatih, kerana bakat dan sokongan ibu bapa dan disiplin diri yang tinggi bagi kedua perenang ini, mereka berjaya meletakkan diri sebagai perenang cemerlang peringkat MSSWPL.
Seluruh warga sekolah amat berbangga dengan kejayaan dua perenang sekolah ini.
Puan Dona dalam ucapannya menyatakan :
Kita doakan kedua atlet renang ini akan terus berlatih meningkatkan kemahiran masing-masing dan mencontohi semangat perenang negara Pandalela Renong dan Welson Sim. Mudah-mudahan suatu hari nanti keduanya bakal menjadi perenang Labuan dan seterusnya perenang negara.
Berita Oleh : DK Suhana PG Tassip