Labuan, 22 – 24 Febuari – Sekolah Kebangsaan Pekan Satu telah menyertai salah satu program yang besar pada tahun ini iaitu Kejohanan Akuatik MSSWPL dengan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk yang melahirkan modal insan secara holistik, tidak hanya tertumpu kepada kejayaan akademik tetapi juga bidang kokurikulum .
Adik Mohd Nazril bin Nazir (12tahun) berjaya membawa pulang 1 Pingat Emas bagi acara papan terjun 3 meter dan 1 Pingat Gangsa bagi acara papan terjun 1 meter . Manakala, adik Mohd Hafiz Redza b. Abdullah (12 thn),turut membawa pulangan satu Pingat Emas dalam acara papan terjun 1 meter dan 1 Pingat Gangsa untuk acara papan terjun 3 meter.
Guru Besar SK Pekan Satu , Puan Anita Shyamini menyatakan bahawa murid yang cemerlang bukan sahaja dilihat pada kejayaan dalam bidang akademik semata-mata tetapi juga perlu diimbangi dengan kejayaan dalam aspek sukan dan kokurikulum.
Beliau juga menyatakan bahawa program ini menekankan aspek keselamatan murid memandangkan murid menjalankan aktiviti diluar sekolah dan turut melibatkan sekolah- sekolah yang lain.
Kejohanan ini dianjurkan oleh MSSPWL Labuan bertempatkan di Labuan International School dan dirasmikan oleh En Hasbullah bin Habit . Aktiviti diketuai dan dilatih oleh En Vincent Kubing AK Ajab bersama 5 peserta dari SK Pekan Satu yang terdiri daripada Mohd Nadzril B. Nasir (12 thn), Mohd Irfan Danish b. Abdul Jali (12 Thn), Mohd Hafiz Redza b. Abdullah (12 thn), Mohd Mujanir b. Inil (12thn) dan Aureil Berneil Charlie (10 thn) .
Atas titik peluh dan usaha tanpa henti serta semangat kesukanan yang tinggi , SK Pekan Satu berazam untuk terus menjalankan latihan insentif untuk melatih anak-anak SKPS demi mencungkit bakat mereka .
SKPS truly number 1!
Labuan Hebat Guru Sayang Muridnya,
Kemenjadian dan kecemerlangan murid bermula disini.