LABUAN,11 Jun– Seramai 100 orang pelajar dan 20 orang pekerja swasta sokongan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Lajau di sini menerima bantuan keperluan asas makanan harian sempena Program Kasih Ramadan yang dianjurkan oleh Kelab Guru dan Staf SMK Lajau (KRAF) dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam.
Bantuan dalam bentuk beras, gula, tepung, minyak masak dan lain-lain itu disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Tuan Raisin bin Saidin, dan Pengetua SMK Lajau, Encik Mohd Jamatin bin Abd Latip. Turut sama dalam majlis berkenaan Encik Awang Adi Tuah, Pegawai di JPWPL, Cik Nor Ain Mohammed Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Jasmi Sabtu Penolong Kanan HEM, Enciki Dahlan Kassim Penolong Kanan Kokurikulum dan puan Norani Hj Sabuddin Penolong Kanan Pendidikan Khas, Semua Guru kanan Bidang mata Pelajaran serta guru-guru SMK lajau. Bantuan yang diagihkan kepada pelajar itu hasil daripada kutipan yang diperoleh daripada pelbagai pihak yang bermurah hati menyumbang kepada Program Kasih Ramadan SMK Lajau 2018.
Mohd Jamatin dalam ucapannya meyambut baik Program kebajikan seperti ini kerana ianya sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga pelajar tersebut sempena Aidilfitri yang bakal tiba. Mohd Jamatin juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pelbagai pihak yang memberi sumbangan dalam bentuk wang ringgit mahupun barangan bagi memastikan Program Kasih Ramadan ini berjaya dijalankan dengan baik. Beliau sangat terharu dan bersyukur dengan komitmen jawatankuasa yang terlibat yang diketuai oleh Encik Mohd Hisyam Assim, Encik Mohd Fizree Zakaria, Encik Mohd Aminuddin Fahmi Zahari serta ahli-ahli yang lain.
Pengerusi Kelab Guru dan Staf, Encik Muhd Hisyam bin Assim berkata, “bantuan yang diagihkan kepada pelajar ini merupakan hasil derma ikhlas yang diberi oleh individu dan juga badan-badan tertentu”. Tambah Hisyam lagi, “pihak kami hanya mengurus dan mengagihkan hasil sumbangan yang diberikan orang ramai tersebut kepada pelajar, pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan di sekolah ini. Terima kasih kepada mereka yang sudi menyumbang.” Dalam program Kashih Ramadan tahun ini banyak mendapat sumbangan daripada penyumbang, antaranya wang tunai melebihi RM5,000.00 dapat dikumpulkan dan dalam bentuk barangan. Beliau mwengucapkan berbanyak terima kasih kepada para penyumbang, bukan sahaja dari Wilayah Persekutuan Labuan, malah ada juga kalangan penyumbang dari negeri-negeri lain di Malaysia. Beliau juga amat berharap agar program berbentuk ibadah dan kerohanian seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan meluaskan lagi sasaran penerima sumbangan berkenaan.
Program Kasih Ramadan ini turut diserikan lagi dengan aktiviti bersalaman di antara guru dan pelajar serta penyerahan duit raya kepada semua pelajar. Penyerahan duit raya itu disampaikan oleh Mohd Jamatin bin Abd Latip selaku Tuan Pengetua, semua Penolong Kanan dan Guru Kanan Bidang Mata pelajaran. Sebelum sesi berakhir, diadakan rakan ucapan Selamat Hari Raya oleh seluruh warga sekolah.