SMK Rancha-Rancha Menjuarai Anugerah Tokoh Nilam Kategori Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris Peringkat Negeri W.P Labuan 2019
Labuan,13 Mac 2019 – Bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri W.P Labuan telah berlangsung majlis penyampaian sijil penghargaan dan anugerah Tokoh Nilam kategori sekolah rendah dan menengah . Pada tahun ini, sebanyak 27 buah sekolah rendah dan menengah telah menyertai pertandingan berprestij tersebut yang mana pertandingan ini menjadi impian setiap pelajar di W.P Labuan dan juga di peringkat kebangsaan.
Pertandingan Tokoh Nilam dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pelajar yang telah mewakili sekolah masing-masing, dihakimi bukan sahaja dari aspek kepetahan bercakap dalam menyampaikan idea mereka, tetapi mereka juga dinilai dalam pelbagai aspek baik dari segi akademik dan juga personaliti.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri W. P Labuan iaitu En Awang Marteen bin DatuK Abdul Rahman melalui ucapannya berharap semoga pertandingan ini menjadi rintis untuk membudayakan budaya membaca sekaligus menjadikan pelajar-pelajar di Malaysia setaraf dengan pelajar-pelajar di negara maju. Tambah beliau lagi , anugerah Tokoh Nilam merupakan manifestasi kepada ukuran atau penilaian secara menyeluruh kepada pelajar yang berjaya dalam bidang akademik. Dalam ucapan beliau juga menyatakan penglibatan aktif pelajar dalam kegiatan luar bilik darjah nyata mengubah landskap penampilan diri sehingga menyaksikan pelajar-pelajar yang mewakili sekolah masing-masing kini lebih berani ke hadapan dan lebih yakin melontarkan idea dan pendapat.
Encik Sapri bin
Idris selaku ketua hakim pertandingan Tokoh Nilam peringkat negeri berasa yakin
dengan penilaian dalam kalangan hakim yang berpengalaman dalam bidang
masing-masing. Hakim-hakim yang dilantik terpaksa berhempas pulas dan berbahas
dalam menilai pelajar secara menyeluruh.
Program Bakat Pelajar anjuran Pusat Sumber dan Pentas Pidato SMK Rancha-Rancha yang memberi peluang kepada para pelajar peringkat menengah rendah dan menegah atas menerbitkan karya di platform penyiaran, ternyata memberi kesan yang amat positif dalam membentuk personaliti serta keterampilan pelajar dalam bidang komunikasi. Ia terbukti dengan menyaksikan kedua-dua wakil SMK Rancha-Rancha bakal mewakili negeri W.P Labuan ke Anugerah Nilam Peringkat Kebangsaan 2019, merupakan pelajar aktif dan berprestasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa .
Pada tahun ini , Sulimin bin Suliman mewakili kategori Bahasa Melayu telah berjaya menebus kekecewaan pada tahun lepas apabila tumpas dengan perbezaan markah yang sedikit sekaligus dinobatkan sebagai naib johan Tokoh Nilam 2018. Dengan latihan serta bimbingan daripada jurulatih guru Nilam sekolah, Sulimin bin Suliman telah membuktikan sememangnya ia layak untuk mewakili W.P Labuan ke peringkat kebangsaan pertandingan Tokoh Nilam 2019 di Selangor Darul Ehsan .
Wakil SMK
Rancha-Rancha kategori Bahasa Inggeris iaitu Muhammad Zulhazmi bin Rafiqi
Azhary telah beberapa kali menyertai
pertandingan Tokoh Nilam di peringkat negeri . Sejak tahun 2017 Muhammad
Zulhazmi bin Rafiqi Azhary telah
mewakili SMK Rancha-Rancha dan tidak pernah putus asa untuk meraih gelaran
johan. Tahun ini, dengan pengalaman yang pernah diperolehi akhirnya impiannya
tercapai.
Sebagai persediaan bertanding di peringkat kebangsaan pada 2 hingga 5 April 2019 , kedua-dua Tokoh Nilam SMK Rancha-Rancha ini akan berlatih bersama juru latih yang berpengalaman. Semoga usaha murni tersebut akan membuahkan kejayaan untuk sekolah dan W.P Labuan.