Karnival Hari Guru PBD 2019 Disambut Meriah

Encik Raisin Saidin sedang mendengar penerangan mengenai inovasi PBD oleh guru sambil diperhatikan oleh Encik Yusof (KSPA)

Labuan, 15 April : Hasil kerjasama pelbagai pihak telah melakar sejarah penganjuran Karnival Hari Guru PBD Tahun 2019. Sokongan Sektor, Sekolah, PIBG, PIBK dan Agensi Swasta menjadikan sambutan tahun ini begitu bermakna.

Dengan bertemakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), karnival ini telah disambut dengan meriah dan berjaya menarik lebih kurang 2000 pengunjung termasuk guru, ibu bapa dan murid-murid.

Karnival Hari Guru PBD 2019 ini berlangsung di perkarangan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Sekolah Menengah Kebangsaan Rancha-Rancha seawal jam 7.30 pagi dan berakhir 5 petang.

Antara acara utama sepanjang karnival ialah perkongsian amalan terbaik berkaitan PBD, simulasi PBD dalam PdP, e-Pentaksiran PBD, pameran Inovasi PBD dan Kupi-kupi Haei Gu’u.

Sambutan ibubapa, murid dan guru-guru melebihi jangkaan terhadap pelbagai acara yang disediakan, antaranya amazing race, mini hoki, catur blitz, kuiz online, pancing santai, golf on the go, dart bull, carrom, bowling kelapa, gubahan bunga dan sukaneka.

Pentaksiran Bilik Darjah

Karnival kali ini turut dimeriahkan dengan program sehari bersama kaunselor anda, gerai pameran agensi swasta dan gerai-gerai jualan oleh ahli PIBG dan PIBK.

Menariknya, karnival ini juga telah berlangsung secara live melalui Facebook rasmi Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.

Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Encik Raisin Saidin telah mengunjungi tapak karnival memberi sokongan dan dorongan kepada pelaksanaan karnival ini.

Dalam ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan semua pihak dalam menjayakan anjakan ke-9 PPPM dalam meningkatkan kerjasama agensi swasta dan komuniti dalam aktiviti pendidikan.

Beliau turut berharap agar tema hari guru tahun ini iaitu Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi dapat diterjemah dalam pelbagai bentuk tindakan disemua peringkat.

Pelibatan pelbagai pihak dalam karnival kali ini telah berjaya menimbulkan kesedaran terhadap peri penting sokongan dan kerjasama semua pihak dalam bidang pendidikan terutamanya ke arah menzahirkan slogan Labuan Cemerlang, Guru Sayang Muridnya, Kecemerlangan dan Kemenjadian Murid Labuan Bermula Di sini.

Berita Oleh : Cikgu Mohd Nizam Yassim

Encik Raisin Saidin (tengah) dan Puan Maimoon (kiri) bersama guru-guru dalam Pameran Inovasi PBD
Sukankeka Hari Guru 2019
Pertandingan Bowling Kelapa
Pertandingan Catur Blitz

Loading

image_pdfimage_print