Labuan, 25 Ogos – Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Perumahan Bedaun dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan Karnival Cegah Denggi secara terbuka kepada masyarakat setempat pada 25 Ogos 2019, (Ahad) bertempat di perkarangan sekolah.
Tujuan karnival ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan bahaya nyamuk aedes dan cara-cara pencegahan denggi dalam kehidupan seharian.
Karnival ini dirasmikan oleh ahli Parlimen Labuan, YB Datuk Rozman Bin Isli. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyokong usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah untuk menganjurkan program kesedaran tentang bahaya penyakit denggi kepada masyarakat umum.
Karnival yang dianjurkan ini pasti akan memberi manfaat yang besar kepada warga Labuan dalam mengurangkan kes-kes demam denggi dari semasa ke semasa melalui proses pencegahan yang bermula dari kawasan rumah masing-masing.
Sepanjang karnival, pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan oleh pihak sekolah untuk disertai oleh orang ramai. Antaranya, pertandingan mewarna peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah, ceramah kesihatan, pemeriksaan kesihatan percuma, senamrobik dan demonstrasi alat fogging.
Selain itu, Persatuan COMBI Taman Mutiara juga turut serta dalam karnival ini dengan mengadakan sudut pameran berkaitan bahaya aedes dan penyakit denggi untuk maklumat kepada para pengunjung.
Progam ini meupakan salah satu daripada program di bawah Program Dengue Patrol Sekolah untuk menyebarluaskan info-info berkaitan dengan pencegahan denggi.
Pihak sekolah berharap agar penganjuran karnival ini akan dapat membantu pihak-pihak yang berkaitan seperti Jabatan Kesihatan untuk mengurangkan kes-kes demam denggi di Wilayah Persekutuan Labuan kerana mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat.
Berita Oleh : SMK Taman Perumahan Bedaun