Labuan, 24 Okt – Seramai 50 orang murid Tingkatan 5 sekolah ini telah mengikuti Bengkel Gilap Potensi anjuran bersama SMK Pantai IBWS dan MPKK Kg Pantai bertempat di SMK Pantai IBWS pada 22 Oktober lalu.
Objektif utama bengkel ini ialah untuk meningkatkan pencapaian murid-murid ini dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah SPM 2019.
Program ini merupakan kolaborasi yang julung kalinya diadakan antara SMK Pantai dan komuniti Kampung Pantai.
Dalam ucapan alu-aluan, Pengetua SMK Pantai IBWS, Puan Norazita Md. Nor @ Shamsuri berharap murid-murid yang telah terpilih mengikuti bengkel ini seharusnya menggunakan peluang ini bagi memantapkan lagi persediaan bagi subjek Bahasa Melayu dan Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM). Hal ini kerana subjek ini merupakan subjek wajib lulus untuk melayakkan calon mendapat sijil SPM.
Beliau mengucapkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada MPKK Kg Pantai yang diterajui oleh Encik Kamal @ Dino b. Sidek atas kolaborasi dan berharap usaha ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.
Bengkel ini mendapat sumbangan kewangan daripada MPKK Kg. Pantai.
“Kejayaan anda bergantung pada usaha anda” kata En. Kamal @ Dina b. Sidek kepada peserta bengkel semasa menyampaikan ucapan dan motivasi kepada peserta bengkel Gilap Potensi peringkat SMK Pantai WP. Labuan.
Semoga program ini dapat meningkatkan kesungguhan, kesedaran dan kemahiran murid-murid untuk kedua-dua mata pelajaran ini dalam menghadapi SPM nanti sekaligus dapat hasrat sekolah untuk mencapai 100% lulus SPM.
Berita Oleh : Puan Jakiah bt Ingkam, SMK Pantai