Majlis Apresiasi Kecemerlangan SK Pekan Satu “SKPS TRULY NUMBER ONE”
Labuan, 17 November– Majlis Apresiasi
Kecemerlangan SK Pekan Satu “SKPS TRULY NUMBER ONE” telah diadakan di Dewan C.U.N
SK Pekan Satu W.P Labuan pada jam 8:00 pagi sehingga 11:30 pagi. Majlis ini
merupakan pengiktirafan pihak sekolah kepada murid-murid serta bukti
kemenjadian murid SKPS dari segi akademik, sahsiah, sukan dan ko-akademik
meliputi unit Prasekolah, PPKI dan Aliran Perdana.
Turut hadir ialah Puan Amiah binti Bua (Ketua Penolong
Pengarah Unit Bahasa, Sektor Pembelajaran JPWPL) perasmi majlis merangkap wakil
Pengarah JPWPL Tuan Raisin Saidin, Tuan Haji Yunus bin Haji Yussof (Penolong
Pengarah Unit Sekolah Rendah, JPWPL) merangkap pengawai Angkat SKPS, Puan
Zaliha binti Mohd Salleh (Penolong
Pengarah Unit Pendidikan Swasta Sektor Pengurusan Sekolah JPWPL merangkap NYDP
PIBG SKPS), Puan Anita Shyamini A/P S. Azman (Guru Besar SK Pekan Satu), Encik
Azrul bin Izhan (YDP PIBG SKPS), dan Encik Isyamuddin Bin Noordin (Pengerusi Permuafakatan
Waris Prasekolah SKPS).
Hadir sama Puan Zailiana Binti Zainol (PK Pentadbiran
SKPS), Puan Normah Binti Rahimi (PK Hem SKPS), Encik Esmit bin Amat (PK
Kokurikulum SKPS), Puan Hafizah bt Ag Kanak (Penyelaras PPKI SKPS), AJK PIBG
SKPS, 70 orang guru dan 200 orang ibu bapa turut hadir memeriahkan majlis ini.
Seramai 179 orang murid iaitu 6 murid PraSekolah, 36 murid PPKI dan 137 murid aliran perdana menerima anugerah masing-masing pada majlis ini. Turut disampaikan dalam majlis ini adalah Anugerah Pra Sekolah, Anugerah PPKI, Anugerah Kurikulum Anugerah Akademik Terbaik (Tahap 1 dan Tahap 2), Anugerah Mata Pelajaran Terbaik (Tahap 2) Anugerah HEM (Khas Kepimpinan, Sahsiah Terpuji, Gigi Tercantik dan Kelas Kehadiran Terbaik), Cabutan Bertuah Ponteng Sifar, Anugerah Kokurikulum dan Anugerah Keseluruhan (Tokoh Kurikulum, Tokoh Kokurikulum, Ikon Murid dan Tokoh Gemilang).
Dalam
ucapannya, Anita Shyamini memberitahu bahawa penganugerahan bagi Tahap 1
melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) manakala Tahap 2 masih dinilai melalui Penilaian
Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS). “Sebagai menambah pengetahuan para hadirin,
SKPS telah berjaya sekurang-kurangnya 61 kejayaan pada tahun ini antaranya Johan
Lompat Jauh MSSWPL, Johan Lontar Peluru, Johan Kalam Jamaie (KDS), Johan
Pertandingan Khat (KDS), Johan Pertandingan The Makers, Johan Karnival Bahasa
Inggeris-Scrabble, 8 pingat emas Kejohanan Akuatik MSSWPL 2019 dan banyak lagi”
tambah beliau lagi.
Puan Amiah
pula berkata, kejayaan murid-murid bukan hanya terletak pada usaha dan
kesungguhan para guru semata-mata bahkan ibu bapa juga memainkan peranan dalam
mencorak masa depan murid-murid. “Saya menyeru agar murid-murid berusahalah
dengan lebih gigih berbekalkan ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru untuk
memperoleh kejayaan dan mengharumkan nama sekolah serta negara Malaysia yang
tercinta” tambah beliau lagi sekaligus merasmikan Majlis Apresiasi
Kecemerlangan “SKPS Truly Number One”.
Anugerah Tokoh Kurikulum Nursyakirah binti Madani, Anugerah Tokoh Kokurikulum kategori lelaki Muhammad Aqeel Naufal bin Irwan Hanafiz manakala kategori perempuan Nur Insyirah Dania Binti Saifullah, Anugerah Ikon Murid Fatin Nadirah binti Jusman dan Anugerah Tokoh Gemilang 2019 Hidayatul Mustaqim bin Hamka. Majlis juga dimeriahkan dengan persembahan daripada murid-murid SKPS antaranya Tarian Sambut Tamu, Persembahan Keyboard dan Persembahan Kalam Jamaie.
Akhir
sekali, Cik Suriana Binti Kadir selaku penyelaras program melahirkan rasa
kesyukuran dan terima kasih kepada semua kerana majlis ini dapat dilangsungkan
dengan jayanya. Tambahnya lagi, tanpa komitmen yang tinggi daripada semua
pihak, maka program seumpama ini tidak mungkin dapat dilaksanakan sepertimana
yang diharapkan. Beliau juga berharap agar majlis ini selari dengan matlamat
memberi dorongan dan memotivasikan murid-murid agar terus berusaha mencapai
kecemerlangan dalam semua bidang.