Meningkatkan Kemahiran Bahasa Inggeris Melalui ‘Pyjamas Party’

Para peserta bergambar dengan Timbalan Sektor Pembelajaran, En. Yusuf Mohammad (3 dari kiri duduk) dan Ketua Unit Bahasa (2 dari kiri duduk).

Labuan, 21 NovSATU program bagi memperkasakan kemahiran Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid Tahun 3 di sekolah rendah di Labuan telah dilaksanakan di Isro Group Homestay. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Bahasa Inggeris, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan W.P.Labuan yang melibatkan 35 orang murid dan 17 orang guru dari 17 buah sekolah rendah di Labuan.

Program yang bertemakan ‘Pyjamas Party’ ini, bertujuan untuk membantu murid – murid di Tahun 3 yang berada di Tahap A1 (High) untuk mencapai sekurang-kurangnya Tahap A2 (Low) bagi 4 kemahiran iaitu ‘listening’, ‘speaking’, ‘reading’ dan ‘writing’ berdasarkan skala CEFR. CEFR merupakan ringkasan bagi ‘The Common European Framework of Reference for Languages’. CEFR ini ialah skala Eropah yang direka khas untuk menggambarkan tahap kecekapan dan penguasaan mendengar, bertutur, membaca dan menulis murid-murid di dalam Bahasa Inggeris.

‘CEFR Pajamas Party’ ini telah dilaksanakan secara aktiviti berkumpulan. Murid-murid memakai baju tidur dan diberikan sebiji bantal. Bantal-bantal ini mempunyai cetakan ‘grammar’ yang membantu murid-murid berkomunikasi dan menulis ayat mudah yang sesuai dengan aras A2 (Low) dengan betul. Antara ‘grammar’ yang dilampirkan di atas bantal berkenaan ialah ‘singular & plural present & past tense for ‘verb to be’, ‘to have’ & ‘to do’.

Murid-murid melaksanakan aktiviti dengan bimbingan guru.
Murid-murid berkomunikasi sesama rakan dengan menggunakan Bahasa Inggeris.

Loading

image_pdfimage_print