Pemimpin Cilik SK Pekan Satu Jadi Suri Teladan

Labuan, 31 Januari 2020 Sekolah Kebangsaan Pekan Satu, W.P. Labuan telah mengadakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Cilik bagi  tahun 2020 di Dewan C.U.N.

Pemimpin Cilik SKPS yang menerima watikah pelantikan seramai 365 orang murid terdiri daripada 130 orang Pengawas Sekolah, 64 orang Pengawas Kebersihan , 15 orang Pengawas RMT, 15 orang Pembimbing Rakan Sebaya, 53 orang Pengawas PSS, 10 orang Pengawas SPBT  dan  78 orang merupakan  Ketua & Penolong Ketua Kelas .

Objektif utama program adalah untuk mewujudkan suatu budaya kepimpinan yang boleh diikuti oleh semua murid.

Majlis Perasmian disempurnakan oleh Guru Besar SK Pekan Satu Puan Anita Shyamini A/P S. Azman. Turut hadir memeriahkan majlis ialah PK Pentadbiran SKPS Encik Airol Azmi bin Abd Gani, PK HEM SKPS Puan Normah Binti Rahimi, PK Kokurikulum SKPS Encik Esmit bin Amat, PK PPKI SKPS Encik Mohd Faisal bin Haji Moin, dan 85 orang guru.

Dalam ucapannya, Puan Anita Syamini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Pemimpin Cilik SKPS yang telah berjaya dilantik, ini kerana murid-murid yang mempunyai kepimpinan sahaja yang dapat memegang jawatan  agar mampu memimpin rakan-rakan murid yang lain.

“Pada masa yang sama program ini juga bertujuan agar Pemimpin Cilik SKPS menjadi murid contoh yang berdisiplin, berbudi pekerti, mempunyai jati diri yang tinggi serta sentiasa berbakti kepada guru dan sekolah.”

“Murid-murid lain jangan berkecil hati kerana tidak terpilih pada kali ini tetapi biarlah perkara ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakukan tanggungjawab serta kebaikan di sekolah agar pada tahun hadapan kamu turut dilantik menjadi Pemimpin Cilik SKPS ” Puan Anita Syamini

Setelah selesai penyampaian watikah pelantikan kepada Pemimpin Cilik SKPS, Muhammad Bazli Isyraf bin Irwan Shah selaku Ketua Murid memimpin bacaan ikrar Pemimpin Cilik SKPS bagi sesi 2020.

Ketua Murid Muhammad Bazli Isyraf memimpin bacaan ikrar Pemimpin Cilik SKPS bagi sesi tahun 2020.

Penyelaras program, Encik Muhamad Zafar bin Abu Bakar melahirkan rasa kesyukuran dan terima kasih kepada semua terutama kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling yang telah berjaya mengadakan majlis pada pagi ini.

Beliau juga berharap agar Pemimpin Cilik SKPS mampu menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan dengan jujur, amanah, dedikasi dengan penuh tanggungjawab selaras dengan visi dan misi sekolah.

Berita Oleh : SK Pekan Satu

Loading

image_pdfimage_print