Labuan 16 Feb 2020 – Penerjun Sekolah Kebangsaan Pekan II, Wilayah Persekutuan Labuan berjaya membawa pulang Anugerah Penerjun Cemerlang Lelaki Bawah 12 Tahun di Kejohanan Akuatik Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Labuan Kali ke-19 2020 yang diadakan di Kolam Renang Labuan International School pada 10-14 Februari lalu.
Murid 5 Bijaksana, Joramli Soni memenangi pingat emas 1 meter Terjun Papan Anjal Kategori Lelaki Bawah 12 Tahun.
Beliau turut meraih pingat perak 3 meter Terjun Papan Anjal Kategori Lelaki Bawah 12 Tahun.
Seorang lagi penerjun SK Pekan II, Mohd Nazmi Abd Majid (2 Intelek) berjaya membawa pulang pingat emas 50 meter Gaya Bebas Kategori Lelaki Bawah 8 Tahun.
Mohd Nazmi turut meraih pingat perak 50 meter Gaya Kupu-Kupu Kategori Lelaki Bawah 8 Tahun.
Kejayaan kedua-dua murid tersebut membolehkan SK Pekan II meraih 2 Emas dan 2 Perak.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Encik Raisin Saidin.
Kejohanan Akuatik ini adalah sukan yang diadakan setiap tahun dan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah untuk melahirkan murid cerdas mental dan cergas fizikal.
Antara objektif program tersebut ialah untuk melahirkan bakat-bakat baru yang akan dipilih untuk mewakili sekolah dalam kejohanan akuatik bagi mewakili MSS WP Labuan ke peringkat kebangsaan.
“Kejohanan Akuatik juga bertujuan untuk membina dan memupuk nilai-nilai disiplin kerjasama, daya saing dan daya juang dalam kalangan murid” Encik Raisin Saidin
Sebanyak 16 sekolah rendah termasuk LIS telah menghantar penyertaan bagi acara terjun dan renang.
Berita Oleh : SK Pekan Dua