31 Mac – Hari ketiga Kejohanan MSSWPL 2017, sebanyak lima (5) lagi rekod berjaya dipecahkan, menjadikan tujuh (7) rekod baharu telah dicipta sepanjang tiga hari kejohanan berlangsung. Berikut adalah 5 senarai atlet yang mencipta rekod baharu :
- Dayang Siti Fatmah Majumin, SK Bebuloh bagi acara 400 meter perempuan kategori bawah 12 tahun dengan catatan 1 minit 12.6 saat mengatasi rekod lama yang dipegang oleh Beverly Liew Hui Ven, SK Lubok Temiang ( 1 minit 15.81 saat : tahun 2015)
- Muhd Khaled Adam Abdullah, SK Lubok Temiang dan Mohd Ali Alfian Alirahman, SK Pekan Satu bagi acara 400 meter lelaki kategori bawah 12 tahun, masing-masing dengan catatan 1 minit 07.35 saat dan 1 minit 07.53 saat mengatasi rekod lama yang dipegang oleh Mohd Aziq Izzan Mohd Nizam, SK Lubok Temiang ( 1 minit 08.19 saat : tahun 2015 )
- Nurizzah Nabihah Fauzi, SM St Anne dan Elvianey John Baptist, SBT SM Sains bagi acara lompat jauh perempuan kategori bawah 18 tahun, masing-masing dengan catatan 4.59 meter dan 4.55 meter mengatasi rekod lama yang dipegang oleh Ashley Seah, SM St Anne ( 4.54 meter ).
Sehingga pagi tadi, SMK Mutiara masih unggul bagi kategori sekolah menengah dengan pungutan 12 Emas, 8 perak, 8 gangsa. SMK Labuan dengan 7 Emas, 7 perak, 4 gangsa dan SMK Pantai 5 Emas, 5 perak, 3 gangsa.
Sementara kategori sekolah rendah pula persaingan sengit di antara SK Lubok Temiang dan SKK SK Rancha-Rancha masing-masing dengan 3 Emas. Hanya dibezakan dengan 3 perak oleh SK Lubok Temiang dan 1 gangsa oleh SKK Rancha-Rancha. Manakala SK Kerupang dengan 2 Emas, 2 gangsa.
” ESOK ( 1 APRIL – 1.30 PETANG ) ADALAH HARI PENUTUPAN KEJOHANAN, MAITAH BADUDUN KE KOMPLEKS SUKAN LABUAN, SEMPENA HARI TERAKHIR KEJOHANAN MSSWPL 2017 “
Leave a Reply