Labuan, 2 Mac 2020 – Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bedaun menerima kunjungan muhibbah guru-guru dan Ahli Jawatnkuasa PIBG SK Rosok, Kota Belud Sabah pada 29 Februari lalu.
Rombongan ini diiringi oleh Puan Rina @ Farrina binti Dakim (Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah Unit Sekolah Khas, JPWP Labuan).
Turut hadir YDP PIBG SK Sungai Bedaun, Tuan Haji Sahrum bin Samlan bersama Ahli Jawatankuasa PIBG SK Sungai Bedaun sesi 2020/2022. Rombongan SK Rosok , Kota Belud telah diketuai oleh Guru Besar, En. Abd. Aziz Zaman berserta ahli rombongan seramai 22 orang terdiri dari Guru-guru dan AJK PIBG SK Rosok turut rombongan tersebut En Sigam Anggor YDP PIBG Sk Rosok.
Guru Besar SK Sungai Bedaun (SKSB) Puan Dg Sarifah binti A Mahmod, berkata fokus lawatan penanda arasan ini ialah Pengurusan PIBK dan perkongsian amalan terbaik dalam pelaksanaan program TS 25, SKSB merupakan sekolah TS 25 bagi kohort 2. Amalan terbaik yang dikongsikan berkenaan Projek menaik taraf Musalla Al-Kauthar.
YDP PIBG telah membuat perkongsian tentang program-program yang melibatkan PIBK sepanjang tahun 2018 dan 2019, sehingga melayakkan SKSB menerima penarafan 5 bintang bagi PIBK peringkat kebangsaan.
Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Noraliza binti Allbi pula berkongsi tentang projek menaik taraf Musalla Al-Kauthar sehingga dipilih untuk mewakili WP Labuan ke Pertandingan Anugerah Surau Imarah Sekolah-Skeolah (ASISS) peringkat kebangsaan pada tahun 2019.
Rombongan melihat persembahan kulintangan dari murid-murid SKSB dan dibawa melawat ke kelas-kelas prasekolah SKSB, Galeri Permata SKSB, Taman Herba SKSB, Sudut STEM, Taman Botani Al-Kauthar, dan Musalla Al-Kauthar.
Majlis menandatangani memorandum Persefahaman Kolaboratif Startegik di antara kedua-dua SKSB dan SK Rosok turut diadakan di akhir sesi lawatan.
Dalam ucapan balas, En. Abd Aziz mewakili ahli rombongan mengucapkan tahniah dan terimakasih kepada pihak sekolah atas perkongsian amalan terbaik dan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai, segala perkongsian ini wajar dicontohi terutama sekali dalam penglibatan ibubapa untuk memacu kecemerlangan sekolah.
Semoga dengan adanya jalinan ini kedua-dua pihak akan saling berkongsi ilmu dan bertukar pandangan ke arah pemantapan Pengurusan PIBK di tempat masing-masing.
Berita Oleh : SK Sungai Bedaun