Program Ujian Pengesahan Covid-19 Untuk Warga Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2020

Puan Khaziyati Pengarah Pendidikan JPN Labuan bersama Dr. Ismuni Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Puan Nurzalizah Kartika Abdullah Pengarah Majlis Keselamatan Negeri ( Labuan ), Tuan Haji Abdul Rahman bin Ahmad Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid JPN Labuan dan Puan Zaleha selaku urusetia program

Labuan – Pada 8 Oktober yang lepas, Ujian pengesahan COVID-19 yang dikendalikan oleh CPRC Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan di Pusat Kokurikulum Negeri bermula dari pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang.  Seramai lima orang urusetia dari Jabatan Pendidikan dan 15 orang petugas KKM terlibat untuk merealisasikan program ini. Semua pegawai JPN, Pengetua, Guru Besar, guru-guru dan AKP yang sudah mengambil ujian COVID-19 dan mula dikuarantin pada 27 September hingga 06 Oktober diWAJIBkan hadir.  Seramai 238 orang warga pendidikan telah hadir untuk menjalani ujian ini. Kerjasama yang telah diberikan oleh warga pendidikan ini adalah sangat baik dan mendapat pujian daripada petugas barisan hadapan KKM yang bertugas.

Para petugas barisan hadapan KKM bersama urusetia program

Puan Khaziyati binti Osman Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Labuan bersama Dr. Ismuni Pengarah Jabatan Kesihatan, Puan Nurzalizah Kartika Abdullah Pengarah Majlis Keselamatan Negeri  ( Labuan ) turut hadir memantau pelaksaan ujian yang dijalankan pada hari tersebut.  Puan Pengarah berpuas hati dan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan khususnya kepada petugas barisan hadapan atas kerjasama untuk melaksanakan ujian COVID-19 khas untuk warga pendidikan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih Puan Pengarah kepada pihak RML dan media yang hadir pada hari tersebut.  Puan Pengarah berharap agar program-program akan datang bersama Jabatan Kesihatan dan RML serta agensi lain akan dapat diteruskan.

Sehubungan itu, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Tuan Haji Abdul Rahman bin Ahmad juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua warga pendidikan khasnya kepada Sektor Pembangunan Murid dan Sektor Pengurusan Sekolah kerana telah berjaya menjadi urusetia dan telah menunjukkan semangat kerja berpasukan yang tinggi sepanjang program ujian pengesahan COVID-19 berlangsung.

Semoga program yang telah dijalankan ini memberikan manfaat yang sangat besar dalam usaha kerajaan untuk membendung pandemik  Covid-19 dari telus menular dalam kalangan warga pendidikan khasnya dan keseluluruhan rakyat  Malaysia amnya.  Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan dijauhkan dari bala ini oleh Allah yang maha kuasa.

Suasana Ujian Saringan Covid-19 sedand dijalankan
Ujian sampel darah

Loading

image_pdfimage_print